in , , ,

“Saya Memang Simpan Dendam”, Naim Daniel Hampir Tarik Diri Dari Berlakon Filem ID

TEMU BUAL bersama Naim Daniel di Majlis Sidang Media Siri Astro Originals ‘I.D’.

Naim hampir tarik diri dari berlakon dalam ID kerana katanya ada kena mengena dengan pengalaman hidup.

• • • • • • • •

‘I.D’ merupakan siri drama premium terbitan Astro Shaw yang diarahkan oleh Razaisyam Rashid yang menampilkan barisan bakat berpengaruh tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, namun telah oleh Jazman tanpa sebarang alasan yang munasabah. Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam,  Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun. 

Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi. 

I.D bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO. 

Kuala Lumpur • 6 Februari 2024

#naimdaniel #id #astrooriginals

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Chuck 70 Deluxe Wedge Taruhan Terbaru Converse

Achik Asrain Ditipu Muzik Label, Dah Tak Teruja Terima Tawaran