in

Tidak Setuju Poligami, Nabila Huda Panas Hati Dengan Video Abang Tesla

Pelakon popular, Nabila Huda didakwa berang di media sosial miliknya tanda tidak bersetuju dengan video tular berkaitan dengan poligami.

Ujar Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, berpesan kepada pempengaruh yang memuat naik hantaran itu untuk tidak berselindung di sebalik perkataan yang dipamerkan seolah-olah menunjukkan dia adalah suami teladan.

Tambahnya, jika individu itu benar sayangkan isterinya, dia tidak akan berselingkuh.

“Kalau dah curang tu, curang je la. Tak perlu nak normalisasikan poligami buat kandungan murahan untuk mempengaruhi orang, nak tunjuk cara kau ni betul.

“Kalau awak sayang dia atau dia cinta pertama awak, atau dia adalah wanita yang janji untuk jaga dan sayang dia sampai akhir hayat, awak tak akan curang,” katanya.

Pelakon berusia 39 tahun itu menyatakan bahawa jika individu tersebut berkelakuan begitu bersama isterinya, apatah lagi dengan perempuan lain pasti berlaku perkara yang sama.

Katanya, setiap perbuatan yang dilakukan apa yang berlaku akan datang kembali kepada si pelaku tersebut.

“Seorang isteri memang akan taat dan jaga maruah suami, kononnya ketua keluarga, mudahnya kau selingkuh dengan kesetiaan seorang wanita bersama isteri? 

“Kalau dengan isteri yang kau berjanji akan setia sampai mati ni pun, akhirnya kau mungkir janji, maknanya sampai mati lah dengan kedua ke, ketiga ke, atau dengan mana-mana perempuan, kau tetap tak akan setia pada yang satu!

“Sama lah juga dengan perempuan yang kononnya tak bersalah dalam situasi itu. Kena selalu ingat, perbuatan tersebut akan dibalas balik,” jelasnya.

Namun begitu, anak sulung kepada penyanyi rock legenda terkenal, Amy Search itu, bertegas bahawa seorang perempuan tidak akan terima untuk dimadukan dan hanya memerlukan seorang sahaja peneman hidup sampai ke akhir hayat.

“Untuk pengetahuan awak, kami (wanita) tidak suka berkongsi. Tiada dalam kamus hidup kami nak kena berkongsi orang yang kami bersumpah untuk cinta sampai mati dengan wanita lain ya. Kalau awak milik saya, selamanya milik saya, kami perlukan seorang lelaki sahaja dan kami nak jadi satu-satunya wanita miliknya,” tulisnya di Insta Story, Tiktok Story dan Twitter miliknya. 

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla menunjukkan solat subuh yang terakhir berjemaah bersama isteri pertamanya, yang mana tiga jam sebelum pernikahan kali kedua bermula. 

Namun video terbabit mendapat kecaman hebat dan pelbagai reaksi daripada wargamaya termasuk rakan artis yang tidak menyokong perbuatan itu seolah-olah membuka aib isterinya dan ingin menunjukkan dirinya seorang suami yang terbaik.

Lebih menarik lagi, ramai rakan pempengaruh juga melakukan parodi berkaitan dengan video tersebut dan menjadikan ianya bahan jenaka serta menghiburkan netizen.


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Umum berhenti berlakon, Hairul Azreen mahu fokus sepenuhnya pada keluarga

Mahu Berbincang, Farid Kamil Reda ‘Bujang’ Kembali