Pelakon filem popular, Hairul Azreen dikhabarkan akan menamatkan karier lakonan menerusi pengumuman yang penuh dengan kejutan dalam segmen 3 Pagi Era, pagi tadi.
Ujar Hairul atau Hairul Azreen Idris, 34, memaklumkan filem terbaharu lakonannya iaitu Malbatt Misi Bakara merupakan karya terakhir lakonannya.
Tambahnya, dia menyatakan ingin menamatkan karier tersebut dengan naskah terakhir yang hebat sekaligus tidak mahu menjadi manusia yang tamak.
“Saya Hairul Azreen ingin mengumumkan yang saya akan berhenti berlakon kerana saya sudah melakonkan semua watak.
“Allah sudah beri saya peluang melainkan saya manusia yang tidak pandai bersyukur.
“Perjuangan saya dalam kerjaya seni biarlah saya akhirinya dengan filem yang membanggakan saya iaitu Malbatt Misi Bakara,” jelasnya.
Pengumuman terbabit turut mengejutkan ramai pihak termasuk penyampai radio Era iaitu Azad Jazmin, Linda Onn, dan Radin berhubung keputusan pelakon filem Paskal itu.
Mereka juga persoalkan sama ada apa yang dimaklumkan itu benar atau hanya sekadar gurauan kandungan sahaja.
Sementara itu, pelakon drama Misiku Kuza tersebut berkongsi tentang perkara itu bertujuan untuk meluangkan masa yang lebih untuk keluarga.
“Sekiranya saya berlakon filem, saya perlukan enam bulan. Saya buat badan seminggu enam kali. Pagi, petang, siang, malam, tahu-tahu anak saya dah besar.
“Ada orang tak sempat lihat anak membesar. Alhamdulillah mak saya masih ada.
“Jadi, saya rasa apa yang saya ada sekarang ini sudah mencukupi dan berpuas hati,” katanya.
GIPHY App Key not set. Please check settings