in

Munculkan diri selepas tular perceraian pada Mei lalu, Fyna Jebat dan Zainal makan bersama

Tular sebuah video pendek mengenai penyanyi sensasi, adik kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat, 29, tampil keluar makan berdua-duaaan bersama bekas suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan, 61, yang juga bekas jurulatih bola sepak Malaysia, baru-baru ini.

Dalam pada itu, menerusi video di lama portal hiburan itu, pasangan sensasi terbabit ditemui di sebuah kedai makan yang bertempat di Damansara Utama, kelihatan mesra ketika menjamu selera.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tertanya-tanya dengan status perceraian mereka yang diumumkan oleh anak Zainal pada Mei lalu.

“Wowww.

“Orang tu nak sorok-sorok, kau pula bagi kantoi,” tulis beberapa netizen.

Pada 7 Ogos lalu, Ayda Jebat selaku kakak kepada Fyna memaklumkan tidak berhubung selama dua ke tiga bulan bersama adiknya dan tidak tahu tujuan menghilangkan diri dan beranggapan kemungkinan dia mengambil tempoh untuk bertenang.

Terdahulu, kisah Zainal dan Fyna menjadi perbualan hangat netizen apabila mereka dikhabarkan berkahwin secara rahsia pada Januari lalu serta tidak mendedahkan butiran lanjut kepada umum.

Zainal berkahwin dengan isteri pertamanya, Datin Zalina Zaini selama 43 tahun sejak 1980 dan bahagia dengan tiga orang cahaya mata hasil daripada perkongsian hidup itu.

Namun begitu, perkahwinan Zainal dan Fyna hanya mampu bertahan selama hampir empat bulan dan berita perpisahan yang berlaku pada awal Mei lalu disampaikan oleh anak bekas jurulatih bola sepak Malaysia itu pada awal Mei lalu di media sosialnya, pada dua minggu kemudian.

Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Mas Kahwin RM20,000 & Hantaran RM222,000 Sempena Perkenalan 2 Tahun, Intan Najuwa Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Umum berhenti berlakon, Hairul Azreen mahu fokus sepenuhnya pada keluarga