Vokalis kumpulan Floor88, Ayie mendedahkan isterinya, Tasha Awie telah menerima mesej berbaur lucah daripada seseorang individu lelaki misteri.
Menerusi hantaran yang dimuat naik melalui Insta Story milik Ayie atau Nik Fadlee Elhamshah, 25, dia turut menangkap layar mesej perbualan tersebut melalui akaun Instagram isterinya.
Dalam pada itu, perbualan terbabit memaparkan lelaki yang tidak dikenali itu pada mulanya bertanyakan hal peribadi terhadap Tasha membuatkan dia berasa tidak selesa.
Tidak menunggu dalam masa yang lama, lelaki itu terus mengajak Tasha atau Nur Natasha Ahmad Nawawi, 24, untuk membuat panggilan video dengan menawarkan sejumlah wang.
“Awak duduk dekat mana?
“Nak ajak buat panggilan video sebenarnya, tapi benda tak baik la. Awak cuma tengok je bukan buat sekali.
“Sekali panggilan video RM2000, tapi ni rahsia kita la. Saya boleh naikkan jadi RM5000,” tulisnya dalam mesej tersebut.
Namun begitu, pasangan itu sengaja melayan kelakuan buruk individu terbabit tetapi Tasha tidak sanggup meneruskan perbualan itu dan tidak menyangka masih ada lagi lelaki yang mempunyai sikap tersebut.
“Mula-mula suami aku suruh layan je, lama-lama aku pun tak boleh. Ada lagi eh lelaki tak ada maruah macamni. Euw!,” tulisnya di kapsyen tangkap layar tersebut.
Rentetan itu, Tasha meminta supaya pengikut di Instagram untuk melaporkan akaun individu yang menggelikan itu.
GIPHY App Key not set. Please check settings