in ,

Ella Pilih Pulau Pinang Lokasi Ketiga Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota

Ratu rock, Ella membuat kejutan kepada semua peminatnya selepas mengumumkan konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada 28 Oktober ini.

Ella yang nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 57, berkata, dia mahu meraikan semua peminat terutama mereka di utara yang tidak berkesempatan menghadiri konsert di Arena Axiata, Bukit Jalil, Jun lalu.

Ella bakal adakan konsert di Pulau Pinang.

“Konsert ini untuk peminat di utara seperti dari Kedah, Perlis dan Perak. Sempena 35 tahun Ella dalam industri, ini adalah hadiah buat peminat yang menyokong kerjaya Ella selama ini.

“Dari segi pemilihan lagu, akan ada perbezaan 50 peratus berbanding konsert di KL,” katanya.

Poster konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota

Konsert yang dijangka berlangsung selama dua setengah jam itu akan bertemakan rock glam dan bakal mempersembahkan 25 hingga 30 lagu hits Ella, serta penampilan artis jemputan.

Pengarah muzik Datuk Acis bertanggungjawab ke atas gubahan muzik dan susunan konsert itu, diiringi sembilan pemuzik profesional.

Ella bersama Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions, Rohit Rampal

Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, idea untuk mengadakan konsert itu di Pulau Pinang sebenarnya timbul sebelum konsert di Kuala Lumpur (KL).

Jelasnya, pihaknya sudah pun merancang jelajah konsert ke negeri lain selepas kejayaan konsert itu di KL.

Harga tiket konsert Ella

“Sudah tentu ada kelainan untuk konsert kali ini iaitu daripada aspek lokasi dan tawaran harga tiket. Kapisiti juga lebih besar berbanding Axiata Arena yang boleh menampung 12,500 pengunjung dengan konsep pentas 360 darjah yang berada di bahagian tengah.

“Tiket pula memang harga rahmah sebab kita bukan hendak buat keuntungan semata-mata, sebaliknya meraikan semua lapisan peminat. Kami akan berusaha memberikan kepuasan maksimum buat penggemar rock di utara dan nantikan pengumuman seterusnya,” katanya.

Tiket yang ditawarkan bermula dari RM78 hingga RM258 dengan pelbagai manfaat yang bakal diterima oleh pembeli tiket dan dijual di www.hitmanlive.com.

Untuk rekod, penjualan tiket konsert Ella di KL telah berjaya masuk ke Malaysia’s Book of Records kerana dijual dalam masa 24 jam sahaja.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

40 Tahun Dalam Industri, Ahmad Tarmimi Menang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Buat Pertama Kali

8 Fakta Menarik Tentang Mat Tudung