Ratu rock Malaysia, Ella tampil memberi penjelasan mengenai tindakan memadam gambar-gambar di Instagram miliknya bukanlah bertujuan gimik namun sebagai tanda penghargaan buat peminat.
Menurut Ella atau nama sebenarnya Nor Zilla Aminuddin, tindakannya itu dibuat kerana mahuorang ramai memberi perhatian terhadap ucapan penghargaannya kepada peminat selama 35 tahun berada di persada seni.
“Sebenarnya itu bukanlah gimik tapi saya cuma mahu peminat fokus kepada hantaran yang saya muat naik di Instagram saya.
“Saya mahu peminat tahu yang saya benar-benar menghargai mereka dan kerana itulah saya tinggalkan satu sahaja entri suapaya mereka boleh baca apa yang saya ucapkan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong saya selama ini,”katanya sewaktu sidang media Konsert 35 Tahun Jilid Akhir Ella Puteri Kota.
Pelantun lagu Sembilu itu berkata ramai yang menganggap dirinya hendak berhenti dari bergiat dari industri seni sedangkan dia tidak bermaksud begitu.
“Pelbagai reaksi yang saya terima, ramai yang sedih dan bertanya betulkah saya mahu bersara.
“Namun bila saya dapat reaksi sedemikian memang rasa sedih kerana meraka seperti tidak mahu saya tinggalkan karier seni saya lagi.
“Saya belum terlintas lagi untuk bersara. Konsert ini juga bukan yang terakhir. Saya akan terus beraksi,” jelasnya lagi
Ella bakal mengadakan Konsert 35 Tahun-Jilid Akhir; Ella Puteri Kota yang bakal berlangsung pada 10 Jun 2023 bertempat di Axiata Arena.
Tiket-tiket bakal dijual bermula 13 Mac ini pada jam 12:00 tengahari di laman sesawang www.hitmanlive.com.
GIPHY App Key not set. Please check settings