in

40 Tahun Dalam Industri, Ahmad Tarmimi Menang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Buat Pertama Kali

Pelakon legenda, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar meluahkan rasa terharu dan bangga kerana dapat memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2023, baru-baru ini.

Lebih empat dekad berada di dalam industri seni, pelakon berusia 73 tahun itu pertama kali diangkat menjadi ‘hero’ melalui filem Perjalanan Pertama.

Menerusi laporan BH Online, pelakon filem Kapsul itu bersyukur usahanya berbaloi meskipun perjalanan ke Kuching, Sarawak dengan kewangan sendiri.

“Ini adalah kemenangan pertama sebagai Pelakon Lelaki Terbaik selepas lebih 40 tahun dalam industri seni di peringkat ASEAN.

“Sebelum ini, saya hanya menang sebagai pelakon pembantu.

“Apa yang lebih membuatkan saya bertambah bangga kerana dapat naik sendiri ke pentas untuk menerima trofi dalam keadaan diri yang masih sihat.

“Walaupun awalnya saya tidak tahu nama dicalonkan dan hanya mengetahuinya sehari sebelum malam kemuncak, nyata tidak sia-sia saya mengeluarkan bajet sendiri untuk hadir ke acara ini,” kongsinya.

Rentetan itu, pelakon drama Geng Daddy Daddy itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengarah filem iaitu Arief Malinmudo kerana memberi peluang dan mempercayai bakat yang sedia ada untuk menjayakan filem tersebut.

“Ya, semestinya saya berterima kasih kepada Arief kerana mempercayai bakat dan beriya-iya mahukan saya beraksi dalam filem itu,” katanya.

Dalam kategori itu, Tarmimi mengetepikan Andrew Ramsay menerusi filem Ginhawa (Filipina), Tommy Alejandrino (The Baseball Player – Filipina), Huy Yaleng (Father’s – Kemboja) dan Amerul Affendi (Prebet Sapu – Malaysia).


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Muat Naik Hantaran Berbaur fitnah, Caprice Mohon Maaf

Ella Pilih Pulau Pinang Lokasi Ketiga Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota