in ,

Selepas Setahun Menduda, Ejai Aziz Naik Pelamin Kali Kedua

Dengan sekali lafaz sahaja vokalis kumpulan Azzara Band, Ejai Aziz dan Nursyahirah Azhar sah bergelar suami isteri pada 9 Disember 2022 yang lalu.

Setelah setahun menduda, Ejai beranggapan bahawa perkahwinan kedua ini adalah satu nikmat yang perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana bukan mudah untuk mendapatkan peluang bertemu jodoh lebih dari sekali,

Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Mohd Aziz melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka yang mendoakan serta majls perkahwinan yang berjalan dengan lancar.

https://www.instagram.com/reel/CmBGblaAC4Q/?utm_source=ig_web_copy_link

Walaupun pasangan ini berkenalan pada tahun lalu, namun perkenalan yang singkat bukanlah penghalang kerana penyanyi lagu Alalala Sayang ini percaya bahawa persefahaman dan kepercayaan lebih penting dalam melayari kehidupan rumah tangga.

Terdahulu, Ejai pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Amie Rayyan, 6, dan Muhammad Annas Hafiy, 5.

Penyanyi in pernah dikecam kerana memuat naik video di Tiktok sedang menari bersama bekas isteri dihadapan Pejabat Agama Islam setelah mereka disahkan bercerai.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bergambar Dengan Lelaki, Qistina Raisah Beri Penjelasan

“Cuba Nak Support Tapi…” -Shakila Khoriri Kecewa Zoo Negara Sendu