in ,

“Cuba Nak Support Tapi…” -Shakila Khoriri Kecewa Zoo Negara Sendu

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa kecewa di Instagramnya terhadap Zoo Negara yang tidak melakukan sebarang pembaharuan atau penambahbaikan sewaktu Shakila membawa anak-anaknya melawat taman rekreasi tersebut

Luah Shakila atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, dia berasa kecewa apabila tiada apa yang boleh diceritakan kepada anak-anak kerana keadaan zoo yang menyedihkan.

Berdasarkan hantarannya, pelakon drama Papa Ricky itu mahu mengajak orang ramai untuk datang ke tempat rekreasi tersebut namun tiada apa yang boleh dikongsikan malah dibanggakan.

“Ramai yang minta untuk datang dan berikan sokongan untuk Zoo Negara tapi bagaimana nak dipromosikan untuk ramai datang berkunjung?

“Dia ibarat kau ajak orang datang rumah ramai-ramai tapi tiada hidangan makan minum. Hanya datang. Tak boleh!

“Cuba lah nak kongsi dan berikan sokongan tapi kecewa dengan tiada pembaharuan yang dibuat. Keadaan semua sangat menyedihkan.

“Cuba positif dan cari apa yang lain untuk aku bualkan pada anak-anak tapi takde. Ohhhh… ada panda je lah,” luah Shakilla.

Ibu kepada Ameena Sofia itu juga menasihatkan kepada pihak pengurusan Zoo Negara untuk berbincang dan melakukan sesuatu yang boleh menarik minat pengunjung.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga bersetuju dengan kenyataan Shakila mengenai keadaan zoo yang menyedihkan itu.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Selepas Setahun Menduda, Ejai Aziz Naik Pelamin Kali Kedua

Sebab Ibu Sakit Buah Pinggang, Scha Takut Ambil Suplemen Sebarangan