in ,

Bergambar Dengan Lelaki, Qistina Raisah Beri Penjelasan

Pelakon remaja Qistina Raisah menjadi buah mulut netizen apabila tular gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya menampakkan dia sedang memeluk lengan seorang lelaki.

Dek kerana ramai yang beranggapan lelaki tersebut iaitu Henry adalah kekasihnya, Qistina tampil memberikan penjelasan melalui satu video yang dimuat naik di akaun Tiktoknya.

Jelasnya, lelaki tersebut merupakan abang kandung dan menasihatkan agar netizen untuk selidik terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen.

Di dalam video tersebut, Qistina atau nama penuhnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri kelihatan berang dengan segelintir netizen yang membuat komen tanpa melakukan sebarang unsur periksa.

“Saya cuma marah netizen yang bodoh. Kalau nak jadi netizen sangat tak kisah, tetapi tolong jadi bijak sikit.

“Kalau tengok profile Henry dekat bawah-bawah tu dah nampak saya sambut raya dengan dia.

“Kalau dah sambut raya bersama, dah tentulah dia tu abang saya,” jelasnya.

Pelakon berusia 14 tahun ini juga berharap agar netizen tidak sibuk dengan kehidupan peribadinya.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Berangkat Menunaikan Ibadah Umrah, Ramai Rindu Ketawa Little Miss Khan

Selepas Setahun Menduda, Ejai Aziz Naik Pelamin Kali Kedua