Melihat ibu yang sudah lima tahun menjalani dialisis akibat masalah buah pinggang, pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya memilih untuk cerewet dalam pengambilan pemakanannya.
Jelas Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, dia sangat berhati-hati dalam pengambilan makanan tambahan atau suplemen kerana tidak mahu ianya memudaratkan kesihatan diri.
Walaupun cerewet dalam pengambilan ubat-ubatan, namun juara Dewi Remaja 2005/2006 itu tidak menafikan ada mengambil makanan tambahan seperti multi vitamin, prebiotik, vitamin c dan sebagainya untuk kekal sihat dan bertenaga.
Namun, pengambilan suplemen semata-mata adalah tidak digalakkan kerana menurut pelakon drama Awan Dania itu mengamalkan diet yang bersesuaian serta melakukan aktiviti senaman juga penting untuk kesihatan diri.
Scha juga menasihatkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mengetahui keadaan kesihatan semasa agar dapat mengenalpasti nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Isteri kepada Awal Ashaari itu juga menyarankan agar merujuk kepada doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang makanan tambahan bagi mengelak sebarang masalah.
GIPHY App Key not set. Please check settings