Menerusi hantaran ibu kepada selebriti popular Neelofa, Datin Noor Kartini memberitahu kepada pengikutnya bahawa dia dan anak perempuannya Ameera Khan akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
Kongsinya di laman Instagram, Kartini memohon maaf andai ada salah silap serta memohon doa untuk perjalanan dan ibadah mereka.
Beberapa keping foto dirinya bersama anaknya itu yang juga dikenali dengan nama Little Miss Khan (LMK) dimuat naik namun kelihatan LMK membelakang kamera sehingga tidak menampakkan wajahnya.
Ia sekaligus menarik perhatian dan rata-rata komen yang ditinggalkan bertanya akan kenapa LMK melakukan posisi sedemikian.
Ada juga yang memberi komen rindu akan gelagat LMK dengan ketawanya yang besar dan unik berbanding karakternya yang dilihat ayu dan sangat berkelas.
Terdahulu, LMK menjadi bualan orang ramai apabila dia menyahaktifkan akaun Instagram miliknya dan mendiamkan diri sehingga ke hari ini.
Namun menurut kakaknya Neelofa, adiknya itu dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan sedang berehat untuk memberi masa buat dirinya mencari haluan diri.
GIPHY App Key not set. Please check settings