in ,

Rumah Tangga Berantakan, Bella Astilla dan Aliff Aziz Terkena Sihir Pemisah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astilla mendedahkan dirinya dan suami iaitu pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz sedang berhadapan dengan gangguan sihir dipercayai sihir pemisah yang dihantar oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya.

Difahamkan bahawa sihir tersebut dihantar kepada pasangan popular ini dengan niat untuk melihat mereka berdua berpisah.

Sewaktu sidang media Famili Duo yang berlangsung di Artisan’s Playhouse by Cookhouse, Bella mendedahkan bahawa hubungannya dengan Aliff tidak baik disebabkan oleh sihir tersebut namun ianya beransur pulih setelah kedua-duanya menerima rawatan.

Tambahnya lagi, dia dan suami sering mengalami mimpi-mimpi aneh dimana Bella mengalami mimpi ular manakala Aliff bermimpi melihat Bella membawa lelaki masuk kerumah dan apabila dirujuk kepada ustaz ternyata ianya memang satu petanda yang tidak baik.

Bella terkena sihir pemisah

Walaupun ujian yang dihadapi merupakan ujian yang berat, namun pelakon drama Adakah Engkau Menungguku ini memilih untuk tidak mengetahui siapakah yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Ekoran dari kejadian itu juga, ibu kepada dua cahaya mata ini mengambil pendekatan untuk mengurangkan perkongsian mengenai keluarganya di media sosial kerana menurutnya perkongsiannya yang terlalu kerap telah menimbulkan ketidakselsaan sesetengah pihak.

Sekadar info, Bella dan Alif mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ungku Ismail Mohon Netizen ‘Report’ Berita Palsu Nad Zainal

Tarik Diri Saat Akhir, Zaf Tak Patut Masuk Campur