Tuesday • 21 September 2021

Terkini

Awie Kembali Terajui ‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’ Mulai Esok 27 Mei 2021

Jenama Kampong Pisang yang diperkenalkan pengarah tersohor, Mamat Khalid tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia boleh dikatakan sudah sinonim dengan penonton serta peminat karya tempatan di Malaysia.

Sambutan terbukti apabila francais ‘kampung pisang’ hangat diperkatakan oleh masyarakat, penggiat seni tanah air serta mendapat perhatian serta pujian daripada golongan industri lain sejak ia diperkenalkan menerusi filem, kemudian dibawa pula melalui drama premium.

Sehubungan itu, buat julung kalinya. Mamat Khalid menambahkan lagi perisa kesedapan menonton fenomena Kampong Pisang menerusi cerita yang dinamakan ‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’ yang menjanjikan hiburan terbaik kepada semua penonton.

“Bersempena Hari Raya Aidilfitri, saya yakin ramai yang ingin bergembira meskipun kita semua beraya dalam keadaan norma baharu dan serba sedarhana. Jadi saya himpunkan lagu-lagu yang dekat dengan penonton ke dalam sebuah filem agar sedikit sebanyak dapat menceriakan hari mereka dengan berhibur serta mengembalikan nostalgia dan memori di hari lebaran,” ujar Mamat Khalid.

 Uniknya, terdapat 10 buah lagu ‘evergreen’ yang dinyanyikan sendiri oleh barisan pelakon Kampong Pisang! 

Kesemuanya terdiri daripada lagu popular Hari Raya dan juga lagu hit sekitar 1990-an yang mampu membuat penonton sama-sama menyanyi semasa menontonnya; seperti Cahaya Di Aidifitri (Kazar Saisi, Dewa Sapri, Mok Ram & Nazeera Sardi), Pulang (Joey Daud), Suasana Hari Raya (Yah Kuchei & Aziz M Osman), Doa Di Hari Mulia (Yah Kuchei), Selamat Hari Raya (semua barisan pelakon), Halaman Asmara (Kaka Azraff & Datuk Awie), Di Persimpangan Dilema (Nazeera Sardi), Kekasih Awal Dan Akhir (Datuk Awie) Belaian Jiwa (Bell Ngasri), dan Pantun Budi (Mat London, Datuk Awie, Mok Ram, Ahmad Yassin).

Malah, setiap nyanyian turut diiringi dengan tarian oleh setiap watak yang tidak pernah penonton lihat sebelum ini. 

Masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler dan kali ini mengembalikan Datuk Awie sebagai teraju utama serta watak-watak baru yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi. 

“Ini adalah filem pertama daripada francais Kampong Pisang yang berkonsepkan muzikal. Jadi, kami harap filem ini dapat membuka ruang lebih besar di dalam industri agar genre seperti ini turut menjadi pilihan utama penonton Malaysia,” ulas Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.

Menurut Raja Jastina, Istimewanya lagi filem ini  turut menyelit cerita cinta dan semangat bermasyarakat di Hari Raya yang sudah berbeza jika dibandingkan zaman dulu hingga zaman moden masa kini. 

“Saya harap kehadiran filem ini mampu tunjukkan kepada generasi masa kini tentang suasana dan berkasih sayang di Hari Raya,” harapan Raja Jastina.

Bagi edisi Aidilfitri, ia menyaksikan setiap watak mempunyai konflik dan delima masing-masing dalam menyambut Hari Lebaran. 

Pendekata, babak-babak yang dipersembahkan mengimbau memori sambutan Aidilfitri di kampung. perubahan sambutan dan tradisi Hari Raya pada zaman dahulu dan masa kini. 

Antaranya, nostalgia rumah yang dihias dengan pelita panjut dan kad Hari Raya, bersama jiran tetangga menyediakan juadah Aidilfitri, kanak-kanak bermain di malam Raya dan banyak lagi.

Nak tahu lanjut, jangan lupa tonton filem ‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’ yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula esok, 27 Mei 2021. 

Untuk melanggan layan saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. 

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!