Wednesday • 28 July 2021

Terkini

Awie Raikan ‘Cinta Ramadan’ Di Dua Lokasi Berasingan

Mengambil keberkatan Ramadan dan tidak mahu berhenti hanya kerana takutkan wabak COVID-19, penyanyi rock terkenal, Datuk Awie terus merancang menganjurkan dua showcase di dua negeri berasingan.

Showcase pertamanya, “Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan’ dirangka untuk kira-kira 200 peminatnya di bandar bersejarah pahlawan Melayu, Hang Tuah, iaitu di Hotel Lacrista, Melaka pada 30 April 2021 ini.

Selepas itu pemilik nama sebenar  Datuk Ahmad Azhar Othman, 52, ini akan kembali rentas negeri ke Hotel Premiera Kuala Lumpur bagi showcase keduanya ‘Wings Raikan Cinta Ramadan’ pada 1 Mei  2021 dengan kehadiran 400 penonton.

Dengan kerjasama HS Shazlicious Trading, showcase di Melaka akan diiringi pemuzik undangan manakala di Kuala Lumpur Awie akan bersama kumpulan rocknya, Wings.

‘Jika hendak diikutkan rasa takut sampai bila-bila kami tidak boleh bekerja. Apa yang penting setiap orang yang terlibat perlu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan mengikut SOP,” tegas Awie yang tidak mahu terus berdiam diri setelah setahun menyepi gara-gara pelaksnaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, hidup harus diteruskan, mahu atau tidak beliau perlu bekerja sekali gus dapat membantu sekurang-kurangnya golongan pemuzik, pengurus acara dan mereka yang terbabit dalam industri hiburan yang pendapatan mereka terjejas teruk selama ini.


“Saya akan menampilkan persembahan yang paling santai dan sedap di halwa telinga pendengar. Peminat datang untuk menikmati juadah berbuka puasa sambil menonton persembahan, jadi mereka tentunya mahukan muzik yang boleh memberikan ketenangan, bukannya muzik yang boleh membingitkan telinga” tambah Awie.

Persembahan yang dijangka bermula pada kira-kira jam 9.30 malam akan terlebih dahulu diisikan dengan sesi tazkirah oleh penceramah terkenal sebelum majlis berbuka puasa, diikuti solat maghrib, isyak dan tarawih.

Sesuai dengan suasana Ramadan,  konsep persembahan yang menerapkan ciri kampung dari sudut dekorasi akan  memperlihatkan Awie mendendangkan beberapa buah lagu bergenre ketuhanan dan kerohanian.

Pun begitu, membangkitkan suasana menjelang Hari Raya, Awie dan Kumpulan Wings akan memeriahkan showcase dengan rangkaian lagu-lagu raya terbaik selain lagu-lagu solonya dan lagu popular Wings.

Konsep persembahan pada malam itu akan menerapkan ciri kampung bukan saja dari sudut dekorasi tetapi juga pada juadah yang bakal dihidangkan kepada peminat yang membuat tempahan meja. 

Jadi, bagi peminat yang merindui Awie dan Wings boleh membuat tempahan tiga kategori pakej meja yang disediakan dari serendah RM2,800 sehingga pakej Super VVIP berharga RM8,000 sementara tempahan kerusi sahaja mempunyai pilihan harga RM350 atau RM475  seorang bagi satu meja 8 orang.

Pakej VIP dan VVIP turut menawarkan penginapan 1 atau 2 bilik Deluxe hotel terbabit mengikut kategori pakej pilihan di samping beberapa hadiah sampingan.

Untuk keterangan lanjut berhubung tempahan meja hubungi HS Shazlicious di 019 7695588 atau Hotel Premiera di 03-26151000 atau Hotel Lacrista 06-2816868.

Boleh juga menghubungi Zul Sayap Sayap Wings di 010 2480106.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!