Wednesday • 22 September 2021

Terkini

Dua Selebriti Berkahwin Senyap-Senyap. Dah Kenapa?

Nampak gayanya tahun ini, ramai pula selebriti yang berkahwin secara tiba-tiba dan perkahwinan itu hanya diketahui setelah dimuat naik ke laman sosial sahaja.

Antara yang paling tidak disangka dan menjadi topik hangat, walau pun sudah dihidu media tentang perhubungan mereka tentulah pernikahan antara Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan kakak kepada Noor Neelofa iatu Noor Nabila Mohd Noor,  36, yang berlangsung pada Jumaat 19 Mac 2021 lalu.

Perkhabaran itu hanya diketahui selepas  Neelofa berkongsikan  video upacara pernikahan yang berlangsung di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di mana pasangan duda dan janda itu dinikahkan oleh adik Lofa, Mohamed Aqief Mohd Noor, yang berwakil walikan bapa kandung mereka.

Gambar ini turut mendapat teguran awam bahawa Lofa tidak sepatutnya berada di tengah-tengah memandangkan Engku Emran bukan mahramnya apatah lagi Lofa sudah berpurdah.

Dengan meterainya perjanjian ‘sehidup semati’, semoga perkahwinan kali ketiga bagi kedua-dua pasangan ini kekal abadi seperti apa yang dititipkan bekas suami Nabila, pelakon Sharnaaz Ahmad dalam Instagramnya, “Selamat pengantin baru Nabila dan Emran… semoga berbahagia ke anak cucu…. jaga Jebat elok-elok na”.

Sharnaaz menikahi Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 namun masih ‘terikat’ dengan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Begitu juga bekas isteri Engku Emran, Erra Fazira yang tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan mendoakan segala yang terbaik buat pengantin serta ‘anak ku’.

Perkahwinan Erra bersama Engku Emran pada 25 Oktober 2007 dikurniakan seorang anak perempuan. Engku Aleesya, namun mereka bercerai pada 18 Februari 2014.

Sementara, bekas isteri yang kedua Engku Emran, pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella masih membisu dan tidak memuat naik sebarang komen perihal perkahwinan bekas suaminya yang dinikahi pada 8 September 2018 namun bercerai sekitar Julai tahun 2020.

Khabarnya, pelakon filem ‘Syurga Yang Tak Dirindukan’ itu sedang hangat digosipkan bersama rakan pelakon senegaranya, Dimas Beck (gambar bawah).

Iya atau tidak hanya masa yang akan menentukan, kut ada kejutan lagi.

Dan berita terbaharu, dilaporkan penyanyi Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzy mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan lelaki pillihan hati, ahli perniagaan, Siew Jim dalam satu majlis sederhana di Gombak, Selangor. pagi 20 Mac 2021, setelah gambar perkahwinan mereka menjadi tular di media sosial.

Ia berikutan bapanya, David Tan Suan Chew berkongsi saat gembira anaknya itu dengan memuat naik sekeping foto di Facebook yang memperlihatkan momen anaknya Lizzy bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membaca ikrar perkahwinan.

Malah dalam masa sama, perkhabaran itu diperkuatan apabila seorang pengguna instagram, turut memaparkan majlis pernikahan Lizzy. 

“Gambar dan video yang telah tersebar menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar. Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja’, jelas Lizzy.

Menurutnya, beliau memang bercadang untuk mengumumkan perkahwinannya pada semua apabila sudah bersedia kerana menganggap perkahwinan adalah hal peribadi dan isu kecil.

Akhirnya Lizzy buat pengakuan sudah berkahwin melalui Instastorynya.

“Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi untuk Lizzy. Lizzy ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.

“Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Lizzy masih Lizzy yang sama. Dan Lizzy harap semua dapat terima dan hormat keputusan Lizzy,’ tambahnya.

Apa pun tahniah buat Engku Emran-Noor Nabila serta Lizzy dan suaminya Siew Jim.

Siapa sangka kan? Tetapi itulah namanya  jodoh sudah kesampaian waima pada tahun pandemik COVID-19 sekali pun bukan penghalang dua jiwa untuk membina mahligai bahagia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!