Untuk menyatakan rasa terima kasih mereka kepada peminat yang berbahasa Sepanyol dari seluruh dunia, kumpulan M-Pop, Dolla telah mengeluarkan lagu baharu bertajuk Damelo.
Menurut Tabby salah seorang ahli kumpulan, mereka mempunyai ramai peminat yang bertutur dalam bahasa Spanish dan disitulah mereka terinspirasi untuk mengeluarkan Damelo.
“Kami sebenarnya ada peminat berbahasa Spanish yang agak ramai. Sehinggakan ada peminat kami yang menterjamah tweet kami dalam bahasa Sepanyol di Twitter,” kata Tabby.
Damelo, yang bermaksud “berikan kepada saya” dalam bahasa Sepanyol, telah diterjemahkan ke dalam lirik Melayu dan Inggeris oleh penyanyi rap Sya dan diterbitkan oleh Joshua Tan a.k.a. Hard Lights.
“Walaupun lagu tersebut banyaknya ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris namun kami tetap kekalkan beberapa bahagian di dalam bahasa Sepanyol sebagai tanda penghormatan kepada penulis asal.
“Bagi memastikan lagu ini dinyanyikan dengan betul, kami belajar bersama SonaOne dan adiknya berbahasa Sepanyol untuk sebutan yang betul,” kata pemenang Anugerah Kumpulan/Duo/Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Damelo boleh di dengarkan di semua platform muzik dan muzik video rasmi boleh ditonton di YouTube rasmi Dolla.
GIPHY App Key not set. Please check settings