in

Tiga Maut Termasuk seorang Bayi

KUANTAN: Tiga termasuk seorang bayi berusia setahun maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di kilometer 124 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Rompin dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Zainal Omar Mahamud berkata, pada kejadian 9.30 malam, pemandu kedua-dua kereta maut di tempat kejadian iaitu seorang anggota polis, Sarjan Zainuddin Bakar, 57, dan Bayam Ija, 53.

Manakala cucu Zainuddin berusia setahun itu, Mohd Aras Iskandar disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Rompin.

“Kemalangan berlaku apabila kereta Hyundai Accent dipandu Zainuddin terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar kereta Proton Iswara dinaiki Bayam,” katanya semasa dihubungi.

Dua lagi rakan Bayam pula masing-masing cedera di kepala dan patah kaki.

Zainal Omar berkata, kemalangan turut menyebabkan anggota keluarga Zainuddin, iaitu isteri dan anak perempuannya cedera. Manakala anak tirinya yang berusia tujuh tahun selamat.

Jenazah dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Lapar Perhatian Ke Ni Bro?”-Netizen

Anak Kedua hadiah Hari Jadi Amar Baharin