DHAKA : “Lelaki pokok” berasal dari Bangladesh alami ketumbuhan pada tubuhnya rela tangannya dipotong kerana tidak mampu menahan kesakitan.
Abul Bajandar, 28, telah menjalani 25 pembedahan sejak 2016 bagi menyingkirkan ketumbuhan pada tubuhnya.
Doktor yakin akan berjaya menyembuhkan penyakit itu tetapi Bajandar melarikan diri dari klinik di Dhaka Mei tahun lalu.
Beliau dimasukkan semula ke hospital Januari lalu kerana ketumbuhan makin bertambah.
“Saya tidak mampu menanggung kesakitan lagi. Saya tidak boleh tidur malam.”
“Saya meminta doktor memotong tangan saya supaya saya berasa lega,” katanya.
“Sekurang-kurangnya dia tak berasa sakit lagi. Ini sudah keterlaluan,” kata ibunya yang menyokong permintaannya itu.
Bajandar menderita penyakit epidermodysplasia verruciformis, dan dikenali sebagai ‘sindrom manusia pokok’.
Beliau ingin ke luar negara untuk dapatkan rawatan lebih baik, tetapi tidak mempunyai wang untuk menanggung perbelanjaan.
Sementara itu, ketua pakar bedah plastik di Hospital Kolej Perubatan Dhaka, Samanta Lal Sen, bersama tujuh doktor akan membincangkan keadaan Bajandar hari ini.
GIPHY App Key not set. Please check settings