Risteena Munim akan mengumumkan tarikh hari bahagianya bersama jejaka pilihannya, Ikhwan Khairuddin apabila tiba masanya nanti.
Difahamkan, pasangan itu memilih November ini untuk melangsungkan hari bahagia mereka.
“Insya-Allah, jika tiada arah melintang, kami akan nikah tahun ini. Kita bagaimanapun, hanya mampu merancang kerana aturan Allah tiada siapa yang tahu.
“Saya bukan sengaja membiarkan orang ramai berteka-teki, sebaliknya akan berkongsi perkara itu apabila sampai masanya nanti. Namun, jika ditanya, saya sebenarnya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.”
“Lagipun, saya sudah memasuki usia 30 tahun dan saya perlu memikirkan mengenai hari mendatang, termasuk hal berumah tangga. Saya berharap semua pihak akan mendoakan yang baik-baik,” katanya kepada media.
Keluarganya mahu dia menamatkan zaman bujangnya sebelum adiknya mendirikan rumah tangga.Menurut Risteena, mereka sudah berkenalan sejak tujuh tahun lalu.
“Mungkin sesetengah artis begitu terbuka bercerita mengenai hal peribadi mereka. Namun, setiap manusia itu tidak sama dan saya ada sebab mengapa enggan terlalu terbuka berkongsi mengenai perkara peribadi.”
“Bukan apa, saya bimbang cinta tidak menjadi, nanti saya dikatakan bertepuk sebelah tangan. Hanya apabila keluarga memberikan restu, baru saya sedia untuk membuka mulut,” kata pelakon drama popular Playboy Itu Suami Aku
Bercakap tentang kerjayanya, Risteena berkata, dia masih sibuk dengan tawaran berlakon, meskipun tidak meraih publisiti meluas.
“Alhamdulillah, rezeki dalam dunia seni itu terus mencurah. Saya amat bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah ini,” katanya.
GIPHY App Key not set. Please check settings