in ,

“Kami Belum Bertunang”-Wani Kayrie

Kuala Lumpur: Itu bukan majlis pertunangan kami, sebaliknya kakak Afieq yang bertunang. Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi salah faham,” kata penyanyi, Wani Kayrie.

Beliau terpaksa membuat penjelasan untuk mengelakkan salah faham.

Hubungan Wani dan Afieq Shazwan

hanya sekadar “ teman tapi mesra”

“Saya tahu ramai yang salah faham dan sangka kami sudah bertunang. Kami belum ada ikatan, malah tiada majlis sarung cincin atau menghantar tanda seperti yang disangka ramai”. Jelas Wani.

“Saya hanya hadir memeriahkan rumah terbuka keluarga Afieq yang diadakan serentak dengan majlis pertunangan kakaknya”, jelasnya lagi.

Penyanyi itu menegaskan, dia masih belum bertudung, tetapi berpakaian menutup aurat bagi menghormati majlis itu.

“Saya bertudung untuk menghormati majlis. Doakan yang baik -baik, siapa tahu nanti hidayah datang untuk saya bertudung,” katanya.

Hubungan Wani dan Afieq yang popular dengan lagu Darjat dan Seandainya bukan rahsia kerana mereka sudah lama berkenalan. Mereka rapat selepas sama-sama menyertai program realiti Big Stage tahun lalu.

“Kami kenal antara satu sama lain sejak kecil. Saya menyertai program Bintang Kecil terbitan RTM, manakala Afieq pula menjadi pengacara,” jelas wani.

Selepas itu, hubungan kami terputus dan kembali bertemu dalam majlis anjuran sebuah stesen radio. Hubungan kami rapat selepas sama-sama menyertai program Big Stage. Dia teman tapi mesra buat saya,” katanya.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Siti Nurhaliza Mahu Siti Aafiyah Dapat Adik !

Setelah 7 Tahun, Risteena Munim Mahu Belanja Makan Nasi Minyak