Home Berita Antarabangsa Malaysia Akhiri Cabaran Sukan Komanwel Dengan 7 Emas

Malaysia Akhiri Cabaran Sukan Komanwel Dengan 7 Emas

0
Malaysia Akhiri Cabaran Sukan Komanwel Dengan 7 Emas

USAIN Bolt muncul selaku DJ ketika Gold Coast mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Komanwel selepas berakhirnya temasya 11 hari yang menyaksikan Australia dinobatkan selaku juara keseluruhan.

This slideshow requires JavaScript.

Bolt melakukan kejutan di atas pentas ketika majlis penutup yang berlangsung penuh gemilang bertemakan budaya Orang Asli meskipun protes tetap dilakukan di luar stadium.

Australia menamatkan saingan dengan 80 pingat emas, jauh meninggalkan England yang meraih 45 emas dan India dengan 26 emas pada temasya yang turut menampilkan atlet Paralimpik dan acara dibahagikan seimbang antara lelaki dan wanita.

Malaysia sementara itu mengucapkan selamat tinggal kepada Gold Coast dengan meraih 7 pingat emas, 5 perak dan 12 gangsa.

Dato Lee Chong Wei diapit beregu wanita negara, Chow Mei Kuan dan Vivian Hoo

Malaysia meraih 2 pingat emas pada hari terakhir temasya melalui kemenangan jaguh badminton negara Dato Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki dan bergu wanita Mei Kuan Chow dan Vivian Hoo.

Pingat-pingat emas negara yang lain pula disumbangkan oleh beregu terjun berirama negara Pandalela dan Jun Hoong, pasangan boling padang wanita Emma Firyana dan Siti Zalina, Amy Kwan Dict Weng di arena gimnastik serta Muhammad Azroy Hazalwa Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin, angkat berat.

Senarai pemenang pingat perak dan gangsa kontinjen Malaysia pula:

Perak

  1. Badminton berpasukan campuran
  2. Jong Yee Khie (Para powerlifting lelaki heavyweight)
  3. Koi Sie Yan (gimrama bola)
  4. Koi Sie Yan (gimrama belantan)
  5. Gimrama berpasukan

Gangsa 

  1. Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah (para lelaki T12 100m)
  2. Goh V Shem-Tan Wee Kiong (badminton beregu lelaki)
  3. Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (badminton beregu campuran)
  4. Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri (terjun wanita 10m platform)
  5. Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri (terjun 3m papan anjal seirama)
  6. Amy Kwan Dict Weng (gimrama gelung)
  7. Amy Kwan Dict Weng (gimrama individu keseluruhan)
  8. Koi Sie Yan (gimrama riben)
  9. Alia Sazana Azahari (menembak wanita 25m pistol)
  10. Nafiizwan Adnan (skuasy perseorangan lelaki)
  11. Ho Ying-Karen Lyne (ping pong wanita beregu)
  12. Muhamad Fazrul Azrie Mohdad (angkat berat lelaki 85kg)

Ketua kontinjen negara, Huang Ying How tetap berpuas hati dengan pencapaian yang diraih di Sukan Komanwel meskipun gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 pasukan teratas seperti yang disasarkan.

KETUA kontinjen negara, Huang Ying How (kanan). – Foto Yazit Razali/BH

Australia Dominasi Temasya 

“Kepada mereka yang menjadikan temasya ini satu kenyataan, andalah yang terbaik! Anda membanggakan kami semua,”  kata Ketua Queensland, Annastacia Palaszczuk diiringi penyerahan bendera Komanwel kepada tuan rumah edisi 2022, Birmingham.

Australia mendominasi acara kolam renang dan berbasikal sementara Jamaica merasai kehilangan Bolt yang bersara apabila mereka bergelut dalam acara pecut.

Sukan Komanwel kali ini turut menampilkan atlet transgender pertama dan penerjun homoseksual dari England, Tom Daley yang mencetuskan kontroversi apabila mendedak 37 negara Komanwel yang menentang homoseksual supaya mengubah undang-undang mereka membabitkan homoseksual.

Tiada laporan membabitkan kegagalan ujian penyalahgunaan dadah walaupun India berdepan dengan dua insiden membabitkan ‘polisi tiada jarum’ yang menyaksikan dua atlet mereka dihantar pulang.

Bagaimanapun, beberapa protes dapat disaksikan daripada aktivis yang menggelar temasya itu sebagai ‘Sukan Stolenwealth’ yang merujuk kepada penjajahan Britian ke atas Australia.

Pada majlis penutup itu, kira-kira 100 individu yang melakukan protes dihalang daripada berarak ke dalam stadium bagi mengelak daripada konfrontasi yang berlaku seperti pada majlis pembukaan sebelum ini.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari