in ,

Lebuhraya Sprint, Lebuhraya Cheras-Kajang Tutup 3 Minggu

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Penutupan jalan bagi kerja-kerja pembinaan MRT di Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Cheras-Kajang akan terus dijalankan bermula 5 sehingga 31 Okt ini.

MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd yang merupakan rakan pelaksana projek berkenaan, berkata antara jalan terlibat ialah Lebuhraya Sprint/Jalan Semantan selama 24 jam setiap hari, bermula di hadapan Semantan Suites sehingga persimpangan Jalan Damansara Endah.

“Semasa penutupan jalan ini, dua laluan akan disediakan untuk pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur menghala ke arah Petaling Jaya (PJ),” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Penutupan sepenuhnya pada sebelah malan melibatkan Lebuhraya Sprint/Jalan Semantan (kedua-dua arah Kuala Lumpur dan Petaling Jaya) akan bermula 10 malam sehingga 5 pagi (Isnin hingga Jumaat), dan 12 tengah malam (Sabtu) sehingga 12 tengah hari (Ahad), dan penutupan itu akan dilakukan sekejap-sekejap dari KM7.4 hingga KM8.1.

“Pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya di Lebuhraya Sprint/Jalan Semantan akan dilencongkan ke jalan ke Pintu 2 Istana ke Lorong Dungun, terus ke Jalan Gelanggang dan kemudian belok kiri ke Jalan Beringin dan di bawah jejambat untuk memasuki Lebuhraya Sprint.

“Pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur menuju ke Jalan Damansara, Jalan Jelutong dan Jalan Damansara Endah akan dilencongkan sehingga jalan Pintu 2 Istana ke Lorong Dungun, terus ke Jalan Gelanggang, kemudian ke kiri ke Jalan Beringin dan di bawah jejambat untuk memasuki Lebuhraya Sprint, melepasi Pusat Bandar Damansara dan sebelum bersambung di Jalan Damansara, Jalan Jelutong dan Jalan Damansara Endah,” kata kenyataan itu.

Pengguna jalan raya dari Petaling Jaya yang dalam perjalanan pulang ke PJ/Bangsar akan dilencongkan ke Jalan Damanlela, ke kiri ke Jalan Damansuria sebelum bersambung kembali ke Lebuhraya Sprint.

Menurut kenyataan itu, jejambat Sprint berhampiran Pusat Bandar Damansara (arah PJ) akan diadakan penutupan jalan penuh sementara bermula 10 malam sehingga 6 pagi (Isnin hingga Jumaat), dan 12 tengah malam (Sabtu) sehingga 12 tengah hari (Ahad) secara sekejap-sekejap.

Semasa penutupan jalan itu, pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur menuju ke PJ akan dilencongkan ke Jalan Johar dan kemudian belok kiri ke Jalan Beringin.

Di bulatan, ambil jalan keluar kedua untuk meneruskan perjalanan ke Jalan Beringin dan belok kiri di persimpangan untuk pergi ke Persiaran Bukit Kiara sebelum memasuki Lebuhraya Sprint untuk pergi ke PJ, manakala pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur ke Jalan Maarof tidak akan terjejas, kata kenyataan itu.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bukit Merah Laketown Resort’s Pool To Be Filled With Fresh Water To Prevent Infection

RM114.5 Juta Dirampas Dari Pegawai Salah Guna Kuasa