in ,

Ibu Chef Wan Meninggal Dunia

Ibu kepada cef selebriti terkenal, Chef Wan iaitu Noraini Abdullah telah kembali kepada pencipta pada jam 6:20 pagi tadi di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang.

Berita pemergian Allahyarham Noraini atau lebih dikenali sebagai Che Ani dikongsi oleh Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya.

“Inalilllahi wainnailaihi rojiun. Dengan rasa sedih yang teramat sangat, saya di sini mengesahkan ibu tersayang saya telah meninggal dunia pada jam 6.20 pagi dengan tenang dalam tidurnya di hospital Gleneagle pagi ini.

“Semoga rohnya tenang, di ampun segala dosa-dosa beliau serta di tempat kan bersama sama orang2 yg beriman nanti,” tulis Chef Wan di kapsyen Instagramnya.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Putrajaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Cyber 10, Cyberjaya.

Allahyarham Che Ani menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 93 tahun dan difahamkan dirinya mengidap penyakit kanser, Alzheimer dan dementia.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Fyna Jebat Akui Sudah Bernikah Dengan Zainal Abidin

Zali Rusli Selesa Nyanyikan Lagu Ciptaan Sendiri