in ,

Top 6 Purina Felix Cat Fashion Week Sertai Masterclass ‘Up Skill’ Bersama Pakar

Enam gandingan terbaik Purina Felix Cat Fashion Week kini membuat persiapan terakhir menuju pentas akhir menerusi sesi Masterclass khas yang diperkenalkan buat pertama kali dalam program berkenaan.

Bukan sekadar menitikberatkan gaya, sesi tersebut memberi fokus kepada penjagaan, keyakinan serta keserasian antara pemilik dengan si bulus masing-masing.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Enam gandingan Top 6 Purina Felix Cat Fashion Week bersama kucing masing-masing.

APA
Para finalis menyertai sesi Masterclass khas yang merangkumi lima teras utama iaitu penjagaan dan dandanan, gaya hidup serta pemakanan, pembinaan keyakinan, penggayaan fesyen dan latihan catwalk.

BILA
Sesi Masterclass berlangsung pada 20 September 2026 dan kandungannya ditayangkan secara digital pada 1 Oktober 2026.

DI MANA
Kandungan Masterclass dikongsikan secara eksklusif menerusi Instagram dan TikTok TV3, selain kapsul program di kaca televisyen.

MENGAPA
Sesi ini menjadi persediaan terakhir buat enam finalis sebelum mereka melangkah ke pentas akhir.

BAGAIMANA
Finalis menerima bimbingan daripada pakar dandanan kucing, doktor veterinar dan pereka fesyen sebelum menjalani latihan catwalk bersama kucing masing-masing.

Dibimbing Tiga Pakar

Sesi Masterclass dikendalikan oleh Mohd Jeffrey Mohd Ali, Pengasas dan Pengajar Dandanan Kucing, Dr Salehahtul Khuzaimah, doktor veterinar Malaysia, serta Mohamad Kashfi Zulkufli, pereka fesyen Malaysia.

Ketiga-tiga pakar tersebut memberikan bimbingan kepada finalis menerusi lima teras utama iaitu penjagaan dan dandanan, gaya hidup serta pemakanan, pembinaan keyakinan, penggayaan fesyen dan latihan catwalk.

Persediaan bermula dengan asas grooming apabila finalis mempelajari teknik memberus bulu, memandikan kucing serta membuat kemasan dengan betul sebelum mencubanya sendiri bersama kucing masing-masing.

Fokus Kesihatan Dan Pemakanan

Sesi bersama Dr Salehahtul Khuzaimah pula memberi pendedahan mengenai pemakanan, pengambilan air dan rutin penjagaan harian bagi memastikan kucing kekal sihat, aktif dan bertenaga.

Finalis turut diberi panduan berkaitan penjagaan kesihatan serta keadaan fizikal kucing supaya setiap si bulus berada dalam keadaan terbaik ketika hari pertandingan.

Bina Keyakinan Dan Keserasian

Persiapan kemudian diteruskan dengan aspek pembinaan keyakinan dan keserasian antara pemilik dengan kucing.

Finalis didedahkan kepada cara mengendalikan kucing dalam suasana pentas, selain menjalani aktiviti interaktif bagi mengeratkan hubungan serta membantu mengatasi cabaran seperti rasa gementar dan gangguan ketika persembahan.

Setiap Gandingan Ada Gaya Tersendiri

Dalam sesi penggayaan fesyen, setiap finalis berkolaborasi bersama pereka fesyen bagi menentukan tema dan konsep yang sesuai dengan personaliti kucing serta gaya pemilik.

Mereka turut berkongsi idea dalam menghasilkan penampilan tersendiri yang mampu diketengahkan ketika berada di pentas akhir.

Latihan catwalk pula memberi pendedahan mengenai pacing, postur dan teknik mengendalikan kucing ketika bergerak.

Si bulus turut dibiasakan dengan suasana pentas serta gangguan yang mungkin berlaku supaya setiap gandingan lebih bersedia menghadapi situasi tidak dijangka ketika persembahan akhir.

Enam Gandingan Bakal Berentap

Enam gandingan yang berjaya melangkah ke pentas akhir ialah Norazizah Abu Kasim bersama Lolalisa, Aiman Syazani bersama Seri Embun, Aidil Jalil bersama Sashimi, Syazreen Irwina bersama Micco, Fara Juliana bersama Mochi serta Ahmad Fazwan bersama Atithy.

Kesemua mereka merupakan antara 20 gandingan yang bersaing sebelum enam gandingan terbaik dipilih untuk membentuk barisan Top 6 meow-del.

Masterclass Dipaparkan Di TV3 Dan Media Sosial

Sesi Masterclass akan dikongsikan secara eksklusif menerusi Instagram dan TikTok TV3 pada 1 Oktober 2026, sebelum penonton turut dibawakan kandungan kapsul selama 10 minit di kaca televisyen.

Kapsul Purina Felix Cat Fashion Week pula ditayangkan bermula 3 hingga 17 Oktober 2026, setiap Sabtu pada jam 7.50 malam.

Episod finale kemudiannya akan menemui penonton pada 25 Oktober 2026, Ahad, jam 9 malam.

Membawa tagline “Meow Menggoda, Comel Berganda,” Purina Felix Cat Fashion Week dibawakan oleh Felix sebagai penaja utama dan Meow Meow sebagai penaja bersama.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program ini, ikuti laman media sosial rasmi TV3 di Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok menerusi @TV3Malaysia.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Siti Hariesa Bergelut Dengan Trauma, Niezam Zaidi Ubah Sisi Dalam Sumpahan Mencintai

Kedah, Johor Ungguli Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2026