Pelakon Anna Jobling akhirnya berkongsi sebab dia tertarik dengan selebriti Indonesia, Karel Susanteo, yang kini menjadi perhatian ramai.
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, personaliti Karel menjadi faktor utama yang membuatkan hatinya terpaut.
“Apa yang membuatkan saya tertarik? Personaliti dia. Itu sahaja,” katanya ringkas.
Anna berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan eksklusif drama Yes! Captain Zul Aaryan.
BUZZ RINGKAS
SIAPA
Anna Jobling.
APA
Mendedahkan sebab dia tertarik dengan Karel Susanteo yang berpunca daripada personaliti lelaki itu.
BILA
Baru-baru ini.
DI MANA
Majlis tayangan eksklusif drama Yes! Captain Zul Aaryan.
KENAPA
Personaliti Karel menjadi faktor utama yang membuatkan Anna terpikat.
Hubungan Bukan Lagi Rahsia
Dalam masa sama, Anna turut mengakui hubungannya dengan Karel bukan lagi rahsia dalam kalangan peminat.
“Saya rasa semua orang sudah tahu mengenai hubungan kami.
“Buat masa ini tiada apa-apa lagi hendak dikongsi. Cuma doakan yang baik-baik sahaja untuk saya,” katanya.
Fokus Kerjaya
Walaupun hubungan mereka semakin mendapat perhatian, Anna menjelaskan bahawa fokus utamanya ketika ini adalah terhadap kerjaya seni.
“Sekarang masa tidur pun tidak cukup dan sebab itu fokus utama saya adalah kerjaya seni berbanding hal lain. Jadi, tidak perlulah terburu-buru,” ujarnya.
Cabaran Bawa Watak Zara Andrea
Dalam perkembangan lain, Anna kini muncul menerusi drama Yes! Captain Zul Aaryan yang menggandingkannya bersama Jazmy Juma dan Nafiz Muaz.
Menurutnya, dia membeli novel asal sebaik sahaja mengetahui akan membawakan watak Zara Andrea bagi memahami mengapa karya tersebut mempunyai peminat yang begitu ramai.
“Selepas diberitahu akan membawa watak Zara Andrea, saya terus membeli novel itu dan membacanya untuk mengetahui mengapa karya ini mempunyai begitu ramai peminat.
“Cabaran terbesar saya ialah membawakan watak itu dengan sebaik mungkin supaya tidak mengecewakan pembaca setia novel tersebut.
“Saya cuba meletakkan diri dalam karakter itu dan harap dapat memberikan yang terbaik,” ujarnya.
Drama Yes! Captain Zul Aaryan yang mempunyai 30 episod kini disiarkan menerusi slot Akasia TV3.
GIPHY App Key not set. Please check settings