The M•A•C• Clinic terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri estetik apabila memperkenalkan JLo Beauty Hydrafacial Booster di Malaysia, rawatan yang diinspirasikan daripada seri ikonik bintang antarabangsa, Jennifer Lopez.
Pelancaran ini hadir selepas klinik berkenaan meraih pengiktirafan menerusi ELLE Beauty Awards 2026 bagi rawatan Signature M•A•C• Chemical Peel, sekali gus mengukuhkan reputasinya dalam menawarkan rawatan estetik berasaskan sains.
The M•A•C• Clinic melancarkan JLo Beauty Hydrafacial Booster di Malaysia.
FOKUS
Rawatan memberi tumpuan kepada hidrasi, kesihatan dan seri semula jadi kulit.
MENARIK
Diinspirasikan daripada kulit berseri Jennifer Lopez dan kini boleh didapati di Malaysia.
TAMBAHAN
Pelancaran hadir selepas The M•A•C• Clinic memenangi ELLE Beauty Awards 2026.

Fokus Kepada Kulit Sihat dan Berseri
Berbeza dengan rawatan yang hanya memberi tumpuan kepada tanda penuaan, JLo Beauty Hydrafacial Booster dibangunkan untuk membantu meningkatkan tahap hidrasi, keanjalan, seri serta kualiti kulit secara menyeluruh.
Rawatan ini diperkenalkan ketika cuaca panas dan kering yang berpanjangan menyebabkan ramai berdepan masalah kulit kering, kusam dan kehilangan kelembapan.
Pengasas dan Pengarah Perubatan The M•A•C• Clinic, Dr. Hew Yin Keat, berkata pendekatan estetik kini semakin berubah apabila pengguna lebih mengutamakan kesihatan kulit berbanding sekadar kelihatan lebih muda.
“Masa depan dunia estetik bukan lagi semata-mata untuk kelihatan lebih muda, tetapi mengekalkan kulit yang sihat, berseri dan mencerminkan keyakinan diri. JLo Beauty Hydrafacial Booster memberi fokus kepada kualiti kulit supaya pesakit memperoleh seri yang kelihatan semula jadi, bukannya mengejar standard kecantikan yang tidak realistik,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa hidrasi merupakan antara elemen paling penting dalam mengekalkan kesihatan kulit, lebih-lebih lagi ketika berdepan cuaca panas dan tekanan persekitaran.

Selari Trend Penjagaan Kulit Masa Kini
Menurut The M•A•C• Clinic, semakin ramai pengguna kini memilih rawatan yang memberi penekanan kepada penjagaan jangka panjang, pencegahan dan kesejahteraan kulit berbanding penyelesaian segera.
JLo Beauty Hydrafacial Booster kini boleh didapati di cawangan terpilih The M•A•C• Clinic di seluruh Malaysia.



GIPHY App Key not set. Please check settings