Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan komitmennya sebagai anak seni apabila berjaya menyampaikan lagu Mandarin Be Like Water dengan sebutan yang mendapat pujian daripada penyanyi dan komposer, Firdhaus.
Menurut Firdhaus, dia kagum dengan kesungguhan Tok Ti mempelajari setiap sebutan Mandarin walaupun penyanyi tersohor itu tidak pernah mempunyai asas dalam bahasa tersebut.
BUZZ RINGKAS
PUJIAN FIRDHAUS
Sebutan Mandarin Tok Ti disifatkan hampir sempurna.
BUKAN MUDAH
Proses membimbing sebutan mengambil masa hampir tiga jam.
TIADA ASAS
Tok Ti tidak pernah mempelajari bahasa Cina sebelum ini.
LAGU BAHARU
Mereka bergandingan menerusi lagu Be Like Water.
Hampir Sempurna Walaupun Tiada Asas
“Pronunciation sebenarnya bagi saya dah almost perfect sebab untuk orang Melayu yang memang langsung tak pernah belajar bahasa Cina, cara guna lidah tu memang lain sikit,” kata Firdhaus.
Menurutnya, cabaran utama bukan sekadar menghafal lirik, tetapi memastikan setiap perkataan disebut dengan tepat mengikut sebutan Mandarin.
Ambil Masa Hampir Tiga Jam
Firdhaus berkata proses membimbing Tok Ti di studio mengambil masa kira-kira tiga jam, dengan setiap sebutan diperbetulkan satu demi satu sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
“Dalam tiga jam tu untuk nak ajar Tok Ti macam mana nak pronounce certain Chinese words tu, saya rasa dah almost perfect dah. Untuk orang yang memang langsung tak pernah belajar Chinese, saya rasa sangat-sangat bagus,” katanya.
Kesungguhan Tok Ti Raih Pujian
Sementara itu, Siti sebelum ini turut berkongsi bahawa rakaman lagu tersebut bukan sesuatu yang mudah memandangkan jadual kerjanya yang padat selain perlu menghafal lirik dalam bahasa Mandarin.
Namun, dia bersyukur kerana mendapat tunjuk ajar daripada Firdhaus serta isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Malaysia, Hoe Kian Choon (KC Hoe) yang banyak membantunya sepanjang sesi rakaman berlangsung.
Projek Istimewa Bersama Cuckoo
Be Like Water merupakan lagu ciptaan Firdhaus yang diterbitkan di bawah SNL, dengan susunan semula muzik orkestra oleh Aubrey Suwito.
Lagu berkenaan turut dilancarkan bersama projek Cuckoo Loves, Cares, sekali gus menyaksikan kolaborasi julung kali antara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Firdhaus menerusi sebuah lagu penuh dalam bahasa Mandarin.
GIPHY App Key not set. Please check settings