Drama terbaharu slot Megadrama Astro Ria, Pak Su Ammara, akhirnya menemui penonton bermula 5 Januari 2026, membawa naratif berani yang menyentuh isu sensitif rumah tangga dan hubungan keluarga yang sering dipendam dalam diam.

Sejak klip promosinya berlegar di media sosial, drama ini sudah mula mencetus perbualan hangat daripada persoalan hak poligami seorang suami, sehinggalah konflik anak yang terlalu bergantung dan ‘memperhambakan’ ibu bapa.
- Drama baharu slot Megadrama Astro Ria
- Mula bersiaran malam ini, Isnin-Khamis jam 10 malam
- Angkat isu poligami & konflik anak-ibu bapa
- Dibintangi Que Haidar, Ummi Nazeera & Syazwan Zulkifly
- Klip promosi tular sebelum episod pertama
- Penonton sudah mula buat teori jalan cerita
- Kolaborasi pertama Que Haidar & Ummi Nazeera
- Boleh ditonton di Astro Ria & strim Sooka
Lebih menarik, ramai penonton sudah mula membuat andaian awal tentang jalan cerita dan watak utama, menjadikan Pak Su Ammara antara naskhah paling dinanti dalam slot Megadrama tahun ini.

Diterajui barisan pelakon berkaliber seperti Que Haidar, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly, Zaleha Iman, Mia Nasir, Shah Iskandar, Raja Azmi, Shweta Sekhon, Hana Aqeela serta Datin Fadilah Mansor, drama ini dijangka meninggalkan impak emosi yang kuat kepada penonton.
Menggalas watak Pak Su, Que Haidar mengakui antara faktor utama beliau menerima tawaran ini adalah peluang bekerjasama dengan Ummi Nazeera.

Menurut Que, kolaborasi tersebut memberi pengalaman berharga buatnya sebagai pelakon.
“Saya ambil drama ini sebab mahu bekerja dengan Ummi. Dia banyak membantu saya sepanjang penggambaran.
Selain itu, saya juga beruntung dapat dibantu pelakon senior seperti Dian P. Ramlee, dan watak Ammara pula dimainkan dengan sangat baik,” – Que Haidar.
Sementara itu, Ummi Nazeera menyifatkan pertemuan pertamanya dengan Que Haidar sebagai sesuatu yang menarik.

“Mula-mula saya fikir Que seorang yang pemalu. Tapi walaupun pemalu, dia ada sisi ‘gila’ yang menutup sifat itu. Gabungan itu buatkan lakonan kami jadi lebih hidup,” – Ummi Nazeera.
Dengan gabungan jalan cerita yang dekat dengan realiti, barisan pelakon yang mantap dan isu yang mencabar emosi, Pak Su Ammara dilihat berpotensi menjadi perbualan utama setiap malam.
Pak Su Ammara bersiaran Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria, dan turut boleh distrim melalui Sooka.



GIPHY App Key not set. Please check settings