in

Sweet Qismina Lengkapkan Tiga Anugerah Sepanjang 2025, Tahun Paling Manis Buatnya

Kuala Lumpur – Tahun 2025 mencatat detik luar biasa buat Sweet Qismina apabila pelakon itu terus menuai pengiktirafan demi pengiktirafan dalam tempoh singkat.

Adam Lee raih Aktor Pembantu Filem Popular manakala Sweet Qismina, Aktres Filem Popular

Terbaharu, Sweet diumumkan sebagai Aktres Filem Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH37), sekali gus melengkapkan koleksi tiga trofi utama dalam masa hanya dua bulan.

🏆 Ringkasan Sweet Qismina
  • Sweet Qismina dinobatkan sebagai Aktres Filem Popular ABP37.
  • Kemenangan ini melengkapkan tiga trofi dalam tempoh dua bulan.
  • Filem Babah menjadi titik perubahan besar dalam kariernya.
  • Sweet menganggap kejayaan hadir tanpa perancangan khusus.
  • Sokongan ibu dan suami menjadi kekuatan utama.
  • Adam Lee disifatkan sebagai tulang belakang sepanjang perjalanan seninya.
  • Sweet melihat anugerah sebagai rezeki, bukan sasaran.
  • 2025 diakui sebagai antara tahun paling bermakna dalam hidupnya.

Ketika ditemui selepas menerima anugerah, Sweet tidak menyembunyikan rasa syukur dan merendah diri terhadap pencapaian tersebut.

“Alhamdulillah, semuanya rezeki Allah. Saya tak pernah jangka perjalanan tahun ini akan jadi begini,” – Sweet Qismina ketika dijumpai F8Buzz semasa sidang media.

Sweet Qismina dan Adam Lee ketika di sidang media

Pelakon itu turut menzahirkan penghargaan kepada insan terdekat yang sentiasa berada di sisi, khususnya ibu tersayang serta suaminya, Adam Lee.

“Sejak kecil mama yang jaga dan sokong saya. Untuk suami pula, dia sentiasa ada sebagai tulang belakang, walaupun kami sama-sama sibuk dengan kerja,” – ujar Sweet sambil tersenyum.

Adam Lee dan Sweet Qismina semasa ‘red carpet’

Sweet mengakui kejayaan yang diraih banyak dipacu oleh naskhah Babah, yang membuka ruang lebih luas untuk penonton mengenali sisi lakonannya dengan lebih mendalam.

“Saya dan suami cuma bekerja seperti biasa. Tak pernah meletakkan anugerah sebagai sasaran, tapi bila ia datang, saya anggap sebagai penghargaan kepada usaha semua pihak,” – katanya.

Sweet Qismina bersama peminat dan artis lain

Untuk rekod, sebelum kemenangan di ABP37, Sweet terlebih dahulu memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 serta Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di AIFFA 2025.

Sweet juga menyifatkan 2025 sebagai tahun yang mengajarnya tentang kesabaran, keikhlasan dan keindahan rezeki yang datang tanpa diduga.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Astro Perkenal ‘Mualim Muda’, Platform Realiti Islamik Angkat Pendakwah Muda Era Baharu

Nyaris Terlepas Detik Penting, Ernie Zakri Dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH37