in

Chen Zheyuan Bakal Gegarkan Pavilion KL! iQIYI STARSHIP 2025 Mendarat di Malaysia Disember Ini!

iQIYI International Global Ambassador

KUALA LUMPUR – Peminat bintang China Chen Zheyuan bersiap sedialah kerana pelakon kacak yang mencuri hati ramai menerusi watak Putera Feng Suige dalam drama popular Fated Hearts bakal menemui peminat Malaysia secara langsung bulan hadapan.

Dilantik sebagai Duta Global iQIYI International sejak Jun lalu, Chen kini meneruskan jelajah promosinya menerusi acara mega iQIYI STARSHIP 2025 Malaysia, yang bakal berlangsung pada 2 Disember 2025 (Selasa) di Pavilion Kuala Lumpur.

Ringkasan Utama
  • HalalTrip Gastronomy Awards (HTGA) 2025 meraikan kejayaan penggiat kulinari halal serantau.
  • Acara dianjurkan oleh CrescentRating dan HalalTrip dengan kerjasama Tourism Johor serta Tourism Malaysia.
  • Johor mencatat kemenangan besar dengan beberapa restoran dan institusi pendidikan tersenarai sebagai pemenang.
  • Chef Hj Mohd Khairulfazi dari KYPJ turut hadir menerima anugerah bersama wakil StarDream Cruises.
  • Acara ini memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi gastronomi halal bertaraf antarabangsa.
  • HTGA diiktiraf sebagai platform utama yang mengangkat inovasi serta standard makanan halal di rantau Asia.
  • Penganugerahan ini turut menarik perhatian media serantau dan pelancong Muslim global.
  • Inisiatif ini seiring usaha memperkasakan jenama Halal Malaysia di peringkat dunia.

Acara penuh glamor ini menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila bintang tampan bakal tampil dengan pesona dan karisma tersendiri, sekali gus menambah bahang kemeriahan hujung tahun ini di Kuala Lumpur.

Menariknya lagi, Malaysia telah menjadi tempat persinggahan ketiga bagi jelajah iQIYI STARSHIP selepas Bangkok dan Jakarta.

Ini telah memperlihatkan pengaruh besar iQIYI dalam memperkukuh kandungan bahasa Cina ke peringkat global.

Lebih istimewa, ia juga merupakan kunjungan pertama Chen Zheyuan ke Malaysia dan beliau bakal berinteraksi rapat dengan para peminat sepanjang acara tersebut.

Tambahan lagi, penyanyi dan pelakon Fu Yaning turut dijemput khas sebagai tetamu persembahan bagi memeriahkan malam bersejarah ini dengan tenaga dan gayanya yang tersendiri.

Bagi pelanggan VIP tahunan iQIYI, peluang eksklusif bakal menanti anda untuk memasuki Zon Khas iQIYI STARSHIP Malaysia! Maklumat lanjut boleh didapati di laman media sosial rasmi iQIYI.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

KARMABAKALALA

Cinta, Dosa & Penebusan, Teater “KARMABAKALALA” Cerminkan Kemanusiaan Moden

Merdeka 118

Kebanggaan Negara, Merdeka 118 Bawa Pulang Gelaran ‘Best Tall Building’ 2025!