in

Cinta, Dosa & Penebusan, Teater “KARMABAKALALA” Cerminkan Kemanusiaan Moden

KARMABAKALALA

KUALA LUMPUR – Pentas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bakal bergetar dengan pementasan karya epik penuh jiwa iaitu “KARMABAKALALA”, sebuah teater arahan dan tulisan Subroto Hj. Katimin yang dijangka mengusik emosi penonton pada 14 dan 15 November 2025.

Dibawakan oleh Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Putrajaya (PEWIRA) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), karya ini menyatukan sejarah, falsafah kemanusiaan dan keinsafan spiritual dalam satu pengalaman teater yang sarat dengan simbolisme dan renungan jiwa.

Latihan Teater KARMABAKALALA
Ringkasan Teater “KARMABAKALALA”
  • Teater epik “KARMABAKALALA” dianjurkan PEWIRA dengan sokongan MOTAC & DBP.
  • Ditulis, diarahkan & diterbitkan oleh Subroto Hj. Katimin.
  • Menggabungkan tema cinta, dosa, penebusan & karma manusia.
  • Dibarisi pelakon Faez Malek, Shasha Masella, Dean Sitara, Rosli Rahman Adam & lain-lain.
  • Dibimbing Pengarah Artistik Nohman Isa dan tenaga produksi profesional.
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih bertindak sebagai Rakan Sokongan.
  • Matlamat utama: Memperkukuh peranan penulis & seni tempatan.
  • Pementasan di DBP, 14 dan 15 Nov 2025 – RM15 (dewasa) RM10 (pelajar)

“KARMABAKALALA bukan sekadar teater, tetapi cermin nurani manusia antara setia dan derita, antara cinta dan karma,” – Subroto Hj. Katimin, Penulis & Pengarah.

Mengangkat tema pertarungan batin antara cinta, dosa dan penebusan, KARMABAKALALA dijangka membawa penonton menyelami sisi gelap dan terang kemanusiaan yang merupakan sebuah kisah yang menyentuh persoalan tentang karma dan takdir yang tidak pernah selesai.

Antara babak dalam teater KARMABAKALALA

Barisan pelakon mantap turut menyemarakkan pementasan ini termasuk Faez Malek (Bakar), Shasha Masella (Juwita), Dean Sitara (Kamil), Shah Samurai (Hang Jebat), Sharul Titis (Hang Tuah), Farhama Fahizam (Dang Wangi), Mohazam Rezali (Adon) serta pelakon undangan Rosli Rahman Adam (Rahim).

Di bawah sentuhan Nohman Isa selaku Pengarah Artistik, teater ini turut diperkuat tenaga produksi berpengalaman seperti Edy Brody (Pengarah Muzik), Jamielah Aziz (Komposer) dan Hazzley Abu Bakar (Pengurus Produksi) yang memastikan setiap adegan berdiri megah dengan nilai estetika tinggi.

Babak aksi dalam teater KARMABAKALALA

Menariknya, pementasan ini turut mendapat kerjasama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih sebagai Rakan Sokongan, mencerminkan komitmen PEWIRA terhadap seni persembahan yang inklusif dan berjiwa masyarakat.

Sumbangan masuk pula diberi harga berpatutan dengan RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk pelajar di Auditorium DBP Kuala Lumpur bagi menyokong pementasan tempatan yang bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya, tetapi juga menyentuh sisi terdalam jiwa manusia.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Resorts World Genting

Resorts World Genting Raih Malaysia’s Leading Resort 2025, Kejayaan Keenam & Berturut-Turut!

iQIYI International Global Ambassador

Chen Zheyuan Bakal Gegarkan Pavilion KL! iQIYI STARSHIP 2025 Mendarat di Malaysia Disember Ini!