in

Makanan Halal di Lautan! Dream Cruises Jadi Tuan Rumah Halal Trip Gastronomy Awards 2025 Sekali Lagi!

Anugerah HalalTrip Gastronomy (HTGA) 2025

SINGAPURA – Aroma masakan Halal terbaik Asia kembali berlayar dan untuk tahun kedua berturut-turut, Dream Cruises menjadi venue rasmi HalalTrip Gastronomy Awards (HTGA) 2025, bagi kategori paling dinanti iaitu Gastronomy Cook-Off Showdown yang berlangsung atas kapal mewah Genting Dream sepanjang pelayaran 3 malam ke Phuket dari 30 September hingga 3 Oktober 2025.

Sebanyak 43 peserta dan tetamu kehormat dijemput untuk menyertai pengalaman kulinari eksklusif di tengah lautan dan tahun ini, HTGA bukan sekadar meraikan koki dari Singapura tetapi turut melangkah ke Johor sebagai destinasi pertama dalam jelajah globalnya.

Ringkasan Pendek HalalTrip Gastronomy Awards 2025 x Dream Cruises
1. Lokasi: Kapal persiaran Genting Dream, pelayaran 3 malam ke Phuket.
2. Tarikh: 30 September – 3 Oktober 2025.
3. Penganjur: HalalTrip & Singapore Halal Culinary Federation.
4. Penaja Rasmi: Dream Cruises (StarDream Cruises).
5. Pemenang Singapura: Chef Abdul Rashid Mahmood & Chef Derek Ng Meng Tat.
6. Pemenang Johor: Chef Jannahtul Akhma & Chef Mohammad Riezafi.
7. Tujuan: Mengiktiraf inovasi & bakat dalam gastronomi halal serantau.
8. Destinasi Akan Datang: Bali (5 malam) & laluan baharu ke Bangkok, Redang & Koh Samui 2026.

“Menjadi tuan rumah kepada HalalTrip sekali lagi amatlah bermakna. Kapal Genting Dream bukan sekadar mewah ia juga mesra Muslim dengan hidangan Halal diperakui dan suasana yang selesa,” – Michael Goh, Presiden StarDream Cruises

Sepanjang Cook-Off Showdown, para chef menunjukkan kreativiti dan kehebatan masing-masing di hadapan penumpang kapal.

Antara pemenang utama ialah Chef Abdul Rashid Mahmood (The Butcher’s Table) mendapat Best Forward Chef kategori Singapura dan Chef Derek Ng Meng Tat (Loong Dim Sum) mendapat Most Promising Chef kategori Singapura.

Terence Lim Wee Teck, Naib Presiden – Sales, StarDream Cruises (kiri), menyampaikan Anugerah HalalTrip Gastronomy (HTGA) 2025 kepada pemenang dari Singapura.

Manakala dari Johor, gelaran tersebut dimenangi oleh Chef de Partie Jannahtul Akhma Binti Juraini (Pawana Restaurant, Tunamaya Beach & Spa Resort) bagi Best Forward Chef dan Demi Chef Mohammad Riezafi Bin Jamri (Suasana Suites Café) bagi Most Promising Chef.

Katherine Chan Siew Yin, Penolong Naib Presiden Sales & Marketing, StarDream Cruises (kiri) bersama Chef Hj Mohd Khairulfazi bin Mohamed, Pegawai Pembangunan Program Korporat & Inovasi, Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (kanan), menyampaikan Anugerah HalalTrip Gastronomy (HTGA) 2025 kepada pemenang dari Johor (Malaysia).

Pengarah Operasi HalalTrip, Raudha Zaini berkata acara ini bukti bahawa permintaan terhadap pengalaman mesra Muslim yang kreatif dan berimpak tinggi semakin meningkat.

“Tahun ini lebih istimewa kerana selain finalis Singapura, kami turut meraikan chef hebat dari Johor yang merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh komuniti kulinari Halal serantau,” – Raudha Zaini, Pengarah Operasi HalalTrip.

Sementara itu, Presiden Singapore Halal Culinary Federation (SHCF), Chef Muhammad Kamal Khamis, menganggap pertandingan di atas kapal mewah ini sebagai simbol kecemerlangan sebenar.

“Ia mencabar para chef untuk beraksi pada tahap tertinggi di lokasi luar biasa. HTGA membuktikan dunia kulinari Halal tiada batasan,” – Chef Muhammad Kamal Khamis, Presiden Singapore Halal Culinary Federation (SHCF)

Sebagai kapal pelayaran mesra Muslim pertama di dunia, Genting Dream menawarkan pelbagai pengalaman Halal dan mesra keluarga termasuk pelayaran ke Penang, Kuala Lumpur, Melaka, Phuket, dan istimewa 5 malam ke Bali berlepas 30 November 2025.

Tahun depan, destinasi baharu seperti Bangkok, Redang, dan Koh Samui bakal menyertai itinerari 2026, menjadikan Dream Cruises pilihan utama untuk percutian mewah Halal di rantau ini.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hos Komuniti Setempat Selangor

49 Graduan Hos Komuniti Setempat Perkasa Pelancongan Komuniti Selangor

Rangga & Cinta

20 Tahun Lepas AADC, Kini Rangga & Cinta Hidup Semula Dengan Wajah Baharu