in

20 Tahun Lepas AADC, Kini Rangga & Cinta Hidup Semula Dengan Wajah Baharu

Rangga & Cinta

KUALA LUMPUR – Dua puluh tahun selepas fenomena Ada Apa Dengan Cinta?, kisah cinta remaja ikonik kini kembali dalam filem Rangga & Cinta arahan Riri Riza, yang menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia 6 November 2025.

Diterbitkan oleh Miles Films bersama Mira Lesmana dan Nicholas Saputra, filem ini turut menampilkan barisan pelakon muda seperti Leya Princy dan El Putra Sarira serta kerjasama Primeworks Studios bertindak sebagai pengedar rasmi di Malaysia.

Gala Premiere Rangga & Cinta
8 Ringkasan Pendek: Rangga & Cinta

1. Tajuk: Rangga & Cinta.
2. Tarikh Tayangan: 6 November 2025.
3. Pengarah: Riri Riza.
4. Penerbit: Mira Lesmana & Nicholas Saputra (Miles Films).
5. Pelakon Utama: Leya Princy & El Putra Sarira.
6. Tema: Cinta remaja, sastera & identiti Gen Z.
7. Lagu Tema: Rangga Cinta – Eva Celia & Bilal Indrajaya.
8. Kolaborasi: Samsung Galaxy S25 FE (kempen media sosial).

Filem ini mengisahkan Cinta iaitu pelajar popular yang bertemu Rangga, pelajar baharu misterius yang berkongsi minat terhadap sastera. \

Persaingan mereka dalam pertandingan puisi akhirnya membibitkan hubungan yang tidak dijangka.

“Filem ini menggambarkan realiti sosial remaja masa kini yang mencari identiti, cinta dan impian. Ia turut menggabungkan elemen muzik dan tarian sebagai penyeri utama penceritaan,” – Riri Riza, Pengarah Rangga & Cinta

Nicholas Saputra, Penerbit Rangga & Cinta

Lagu klasik ciptaan Melly Goeslaw & Anto Hoed seperti Bimbang dan Kubahagia kembali menghiasi filem ini, bersama lagu baharu Rangga Cinta nyanyian Eva Celia dan Bilal Indrajaya.

Kerjasama promosi turut dijalinkan dengan Samsung Galaxy S25 FE, yang meraikan semangat kreativiti generasi muda menerusi kandungan media sosial bertema ‘meme-fication’.

Filem ini menjanjikan kisah cinta yang menyentuh hati, penuh nostalgia dan sesuai untuk penonton pelbagai generasi.

Gambar BTS Cinta dan Rangga

Untuk rekod, Rangga & Cinta bukanlah kesinambungan rasmi kepada filem Ada Apa Dengan Cinta? (2002) mahupun sekuelnya (2016).

Namun, ia dihasilkan oleh pasukan sama di bawah Miles Films, yang pernah mencipta fenomena cinta remaja Asia Tenggara dua dekad lalu.

Babak sweet Rangga dan Cinta

Watak “Rangga” dan “Cinta” kini dihidupkan semula sebagai interpretasi baharu dengan membawa semangat cinta dan sastera ke era Gen Z dengan gaya lebih segar dan moden.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Anugerah HalalTrip Gastronomy (HTGA) 2025

Makanan Halal di Lautan! Dream Cruises Jadi Tuan Rumah Halal Trip Gastronomy Awards 2025 Sekali Lagi!

Burger Festival

Burger Lovers, Ini Port Korang! The Curve Bertukar Jadi Syurga Burger 7–9 Nov