in

MDLBEAST Soundstorm 2025: Festival Muzik & Seni Paling Gempak Di Riyadh!

MDLBEAST Soundstorm 2025

Menjelang hujung tahun ini, festival muzik dan seni terbesar di Asia Barat, MDLBEAST Soundstorm 2025, bakal kembali menggegarkan Riyadh, Arab Saudi dengan penganjuran yang dijangka mencatat kehadiran puluhan ribu peminat dari seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Hanya mengambil masa sekitar lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur, festival ini menawarkan pengalaman hiburan berskala global yang menggabungkan muzik, seni visual dan budaya tempatan dalam satu pentas dinamik.

🎸 MDLBEAST SOUNDSTORM 2025 🎸
• Festival muzik & seni terbesar di Arab Saudi – paling bising & immersive.
• Lokasi: Riyadh, Jeddah & AlUla dengan latar budaya & seni unik.
• Lineup global: Post Malone, Calvin Harris, Halsey, Ava Max, Tyla, Metro Boomin, Major Lazer & ramai lagi.
• Setiap persembahan gabungkan cahaya, bunyi & visual sinematik.
• Pengalaman 360° – muzik jadi seni, seni jadi pengalaman hidup.
• Makanan halal & suasana mesra Malaysia untuk peminat Asia Tenggara.
• Tiket di www.mdlbeast.com – bermula Disember 2025.
• Festival yang wajib dalam bucket list peminat muzik dunia!

Soundstorm dikenali sebagai acara yang menyatukan kreativiti antarabangsa dengan identiti Arab Saudi moden, menjadikannya antara festival paling berpengaruh di rantau ini.

Festival paling berpengaruh di rantau ini.

Anjuran tahun ini turut memperluas keunikan suasana melalui beberapa lokasi ikonik seperti Riyadh, Jeddah dan AlUla.

Barisan artis antarabangsa juga menjadi tumpuan utama, antara nama besar yang akan beraksi termasuk Post Malone, Calvin Harris, Halsey dan Ava Max serta terdapat persembahan bertenaga daripada DJ terkenal seperti Black Coffee, Nina Kraviz dan Major Lazer Soundsystem.

Turut termasuk dalam senarai iaitu Tyla, pemenang Grammy bagi genre amapiano, serta penerbit hip-hop tersohor Metro Boomin, di samping kemunculan bakat muda seperti Benson Boone dan The Kid LAROI.

Soundstorm bukan sekadar festival muzik, ia merupakan platform seni kontemporari yang menampilkan pentas berkonsep arca moden, paparan visual berani dan pencahayaan sinematik yang mencipta pengalaman deria menyeluruh dan setiap persembahan disusun dengan gabungan bunyi, cahaya dan seni persembahan yang menimbulkan kesan imersif kepada penonton.

Pentas dengan gabungan bunyi, cahaya dan seni persembahan yang beri kesan imersif kepada penonton.

Menariknya, festival ini juga mengekalkan nilai mesra pelancong dengan penyediaan makanan halal, layanan hospitaliti Arab yang hangat serta persekitaran yang selesa untuk pengunjung antarabangsa termasuk dari Malaysia.

Dengan keunikan penggabungan muzik, seni, dan budaya global, MDLBEAST Soundstorm 2025 bukan sekadar acara hiburan tetapi ia lambang perkembangan ekosistem seni kreatif dunia yang semakin berpengaruh di Asia Barat.

Tiket rasmi festival boleh diperoleh melalui laman web www.mdlbeast.com

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Converse Malaysia Raikan All Star Class of 2026

Mark Adam Elaine Kang

‘Power Gila!’ Mendua Kuasai Minggu Pertama GV12 Dengan 69.5%, Shy8 Antara Paling Rendah