in

Netizen Tanya Bila Nak Kahwin, Ini Respons Ameera Khan – “InsyaAllah Pada…”

Personaliti media sosial, Ameera Khan mengakui bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok di mana seorang netizen bertanyakan kepada Ameera tentang bila dirinya akan berkahwin.

Menjawab kepada persoalan tersebut, adik kepada Neelofa itu menyatakan dia mahu menjalani kehidupan sebagai isteri namun pada waktu yang tepat serta yakin dengan ketentuan Allah.

“InsyaAllah pada masa yang tepat sebab masa yang ditentukan Allah itu adalah tepat dan saya percaya terhadapNya kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.”

“Kita boleh rancang, kita boleh suka seseorang, kita boleh sayang akan sesuatu tetapi Allah yang tentukan semua sekali, jadi saya hanya tawakkal kepada Allah,” jawab Ameera.

Sekadar info, Ameera Khan sebelum ini secara terbuka menunjukkan bahawa dia sedang hangat menjalani hubungan cinta bersama pelakon dari Indonesia, Jefri Nichol.

Pempengaruh berusia 25 tahun itu juga baru-baru ini terbang ke Indonesia demi menyambut hari lahir ke-26 Jefri Nichol.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Nak Cium Jenazah Ibu, Saiful Apek Terkejut Rupa-Rupanya Bukan Mahram – “Bila Saya Nak Cium…”

“Dia Tak Hubungi Saya” – Anak Dakwa Zainal Abidin Tak Ada Usaha Perbaiki Hubungan