in ,

Nak Cium Jenazah Ibu, Saiful Apek Terkejut Rupa-Rupanya Bukan Mahram – “Bila Saya Nak Cium…”

Pelawak terkenal tanah air, Saiful Apek mendedahkan dirinya tidak pernah mengetahui bahawa dia merupakan seorang anak angkat sehinggalah pada hari pemergian ibunya.

Menerusi perkongsian di Dol’s Podcast, Saiful atau nama lengkapnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, berkata kejadian itu berlaku semasa usianya 21 tahun di mana tindakannya mahu mencium jenazah ibu angkatnya dihentikan atas sebab bukan mahram.

“Bila saya nak cium (ibu angkat) ada suara bersuara dekat dalam ramai-ramai orang tu  cakap tak boleh. Dia macam dalam mimpi bila orang cakap tak boleh.”

“‘Ini bukan mahram’ mereka cakap, saya terkedu dekat situ, mereka cakap saya anak angkat, umur 21 tahun. Tapi saya tak peduli saya tarik juga saya cium juga, ‘ini emak aku!’” kongsinya.

@dolspodcast

Saiful Apek baru tau beliau anak angkat masa nak cium arwah ibu semasa meninggal dunia 🥲. Layan Episod 52, RABU 9 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks @shuibsepahtu @shuksahar @Mamatsepah_Nana @Fizie Roslan @Saiful Apek GITU2 #dolspodcast

♬ Tragic Story – Scorpiano

Dalam pada itu, pelakon filem Cicak Man tersebut turut menyatakan ibu angkatnya mula menjaganya pada usia seminggu namun tidak pernah disusukan kerana wanita berkenaan tidak pernah melahirkan sebarang cahaya mata.

“Dalam umur seminggu ibu angkat saya mula jaga saya. Saya tak pernah disusukan kerana ibu angkat saya ni tak pernah melahirkan kerana dia memang tak boleh melahirkan,” jelasnya lagi.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih hampir 5,000 tanda suka dan 100,000 tontonan di platform TikTok.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dapat Pelbagai Tawaran, Khairul Aming Akui Penat Jadi Influencer – “Kadang-Kadang Susah…”

Netizen Tanya Bila Nak Kahwin, Ini Respons Ameera Khan – “InsyaAllah Pada…”