in ,

Lana Nodin Bahagia, Suami Semakin Mendalami Islam

Pelakon Lana Nodin kini berada di fasa terbahagia apabila suaminya, David McKienzie, semakin mendalami agama Islam.

Menurut Lana, 42, selepas sembilan tahun berkahwin, David kini sangat disiplin dalam ibadah solat, termasuk tidak pernah meninggalkan solat Jumaat.

“Selama berkahwin, perubahan paling ketara adalah dia kini mudah solat dan sangat tepati waktu. Jika dia berada di luar negara, dia akan pastikan saya bangun solat subuh,” kata Lana.

Lana juga berkongsi suaminya mengikuti kelas mengaji Iqra bersama anak sulung mereka, Gia Quinn.

“Setiap Ahad, suami dan anak belajar mengaji selama dua jam bersama ustaz dan ustazah yang dijemput ke rumah.”

Lana Nodin

Bahkan, anak sulung mereka, Gia, 9, sudah cukup solat lima waktu. “Anak saya akan marah jika tidak solat berjemaah bersama daddy,” kata Lana.

Lana juga sedang mengajar suaminya untuk menjadi imam solat walaupun hanya mampu membaca surah al-Fatiha. Bagi Lana, usaha itu sudah memadai.

“Saya gembira dengan perubahan suami sebab cabaran terbesar untuk saya adalah membimbingnya dalam Islam,” ujar Lana, yang juga sibuk dengan perniagaan Lana’s Bakery Land.

Lana dan David berkahwin pada 15 Mei 2015, dengan David memeluk Islam setahun sebelum perkahwinan.

Pasangan ini dikurniakan dua anak, Gia Quinn, 9, dan William Daud, 6.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Juara MasterChef Indonesia, Stefani Horison Dakwa Nasi Kandar Malaysia Rasa Pasir!

Hidung ‘Tak Serasi’, Zarina Anjoulie Rancang Buang Implan Hujung Tahun Ini