Pelakon Fattah Amin dilaporkan tenang di set penggambaran projek supertele komedi romantik, 11 Cinta Sebelum Kamu, walaupun berita mengenai keretakan perkahwinannya tersebar.
Fattah, 33, yang tidak pernah membuka mulut tentang rumah tangga atau isterinya, Fazura, kekal fokus pada kerja dan berkelakuan seperti biasa.
“Fattah tidak menunjukkan apa-apa respons atau tindak tanduk yang pelik. Dalam set dia nampak fokus kepada kerja. Dia juga beri kerjasama yang baik dengan semua orang di set penggambaran.”
Sumber
Menurut sumber, di luar set, Fattah turut kelihatan tenang. “Di luar set, dia akan ke surau dan pergi makan. Waktu itu pun dia masih nampak tenang,” tambahnya.
Walaupun kru dan pelakon lain menyedari desas-desus mengenai rumah tangganya, mereka menghormati privasi Fattah dan tidak membincangkan hal tersebut.
“Setakat ini Fattah tidak buka mulut mengenai hal peribadi. Semua orang di produksi juga tidak bercakap mengenai hal peribadi Fattah. Perkara itu yang membuatkan Fattah boleh fokus,” jelas sumber itu.
Fazura telah memfailkan perceraian sehari sebelum ulang tahunnya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam. Pasangan ini berkahwin pada 27 November 2017 dan mempunyai seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 3.
GIPHY App Key not set. Please check settings