in ,

‘Fazura Tak Pernah Burukkan Fattah’ – DJ Sonic

Pengacara dan penyampai radio, DJ Sonic, menyifatkan pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin sebagai individu yang baik, tidak pernah bercerita buruk tentang satu sama lain.

Sonic, 45, yang sering bekerja dengan Fazura, terkejut dengan keputusan aktres itu memfailkan perceraian, namun berharap rumah tangga mereka mendapat pengakhiran yang baik. Menurut Sonic, Fazura adalah individu yang selalu memberi aura positif.

“Dia tidak meluah dan tak bercerita buruk tentang Fattah sebaliknya berkongsi Fattah adalah lelaki yang baik sebagai seorang ayah,” tambahnya.

DJ Sonic

Walaupun tular isu perceraian, Sonic menegaskan Fazura tidak pernah berbicara tentang masalah rumah tangganya kepadanya. “Saya pun terkejut bila dia failkan cerai. Beberapa hari sebelum itu, Fazura kelihatan sangat okey,” tambahnya.

Sonic juga menerima kecaman dari netizen kerana memuat naik hantaran mengenai kebaikan Fazura tanpa menyentuh hal rumah tangganya. Fazura, katanya, hanya menghantar emoji menangis sebagai respons terhadap hantaran tersebut.

Dia turut mengungkapkan bahawa Fazura sering membantunya secara kewangan sejak awal perkenalan mereka. “Ketika saya tiba di Kuala Lumpur, Fazura banyak beri rezeki kepada saya, termasuk membantu ketika saya tiada duit.”

Sebelum ini, Sonic menarik perhatian ramai dengan hantarannya yang memuji Fazura sebagai seorang yang baik hati dan penyayang terhadap keluarganya.

Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai dengan tindakan memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Mereka berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, kini berusia empat tahun.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Surrrr! Nasi Kandaq Festival 2.0 Bakal Serang Sunway Putra Mall

‘Saya Cakap Guna Fakta’, Uyaina Arshad Ulas Isu Dikecam Berkenaan Abang Bas