in ,

‘Tiada Tawaran Berlakon Sejak Bergelar Mualaf’

Pelakon Angeline Tan, yang memeluk Islam setahun lalu, menganggap ketiadaan tawaran berlakon selepas bertudung sebagai ujian dari Allah.

“Sejujurnya sejak bertudung sampai sekarang saya masih belum mendapat sebarang tawaran berlakon,” kata Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan.

Dia mengakui kerjayanya tidak lagi aktif seperti dahulu tetapi reda dan percaya dengan rezeki setiap orang.

“Paling penting kita percaya dengan rezeki Allah. Mungkin Allah tidak berikan rezeki saya di sini (berlakon), rezeki saya ada di tempat lain.”

Angeline sedar imej bertudung mungkin menyukarkan produksi memberi watak yang sesuai.

Dia menerima watak kecil dalam Perang Nasi Dagang kerana suaminya, Sabri Yunus, turut berlakon dalam drama tersebut.

“Kalau hendak kata watak serius itu tiada langsung,” jelasnya.

Dia juga menafikan bersedia membawa watak wanita tidak bertudung. “Itu tidak benar. Drama terakhir saya sebelum memeluk Islam ialah X-Change.

“Drama itu dibuat pada tahun lalu dan sesi penggambaran berakhir seminggu sebelum saya masuk Islam.” katanya.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Wang Hantaran Aisyah Mungkin RM900,000” – Che Ta

PUMA Buka Kedai Terbesar Asia Tenggara Di Sunway Pyramid