Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan tiada keperluan untuk menyekat atau mengawal kandungan podcast yang semakin popular di Malaysia.
Namun, jika terdapat isu, beliau percaya pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang.
“Kerajaan belum berhasrat mengenakan sekatan ataupun rangka kawal selia terhadap penghasil kandungan audio siar.”
Fahmi Fadzil
Fahmi juga menyarankan agar minat dalam penghasilan kandungan berkualiti dipupuk, bukan sekadar bergantung kepada peralatan mahal.
“Saya merasakan kita mungkin tidak memerlukan peralatan berkualiti, tapi kandungan berkualiti,” jelasnya, menekankan bahawa kreativiti adalah faktor penting dalam membezakan podcast yang berjaya.
Beliau turut menegaskan peranan projek Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) untuk meningkatkan mutu ciptaan kreatif tempatan.
“Saya akan lihat apa program yang boleh dihasilkan sebelum ini bersama IPPTAR,” katanya.
GIPHY App Key not set. Please check settings