Pada 6 Julai lalu, MommyHana meraikan impak positif kerjasama bersama Nad Zainal dan Puteri Sarah di media sosial yang mengukuhkan jenama mereka. Kedua-dua selebriti ini dianugerahkan Anugerah Khas semasa Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Perkongsian mengenai produk MommyHana oleh Nad Zainal dan Puteri Sarah melalui platform media sosial mereka berjaya mencapai jutaan tontonan dan menjadi tular, menyebarkan manfaat produk syarikat dalam bidang pendidikan kanak-kanak.
Hana Shahadan, pengasas dan pengarah MommyHana, menyatakan bahawa kandungan yang dihasilkan oleh kedua-dua selebriti ini memberi impak positif kepada penjenamaan syarikat. Nad Zainal dipilih kerana sebagai pempengaruh yang berjaya mencapai 10 juta tontonan, manakala kandungan Puteri Sarah, seorang ibu tunggal, turut menjadi tular dan memberi kesan positif yang besar kepada masyarakat.
Mereka berdua diiktiraf dengan Anugerah Khas atas sumbangan mereka dalam mengembangkan MommyHana, tidak hanya dari segi kandungan tetapi juga pemasaran yang membantu syarikat memperluas pengaruh dan ketokohan mereka dalam industri.

Malam Pesona Klasik Mommyhana 2024
Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana bertemakan ‘Malam Pesona Klasik’ diadakan untuk menghargai semua individu yang terlibat dalam memajukan jenama mereka.
“Kita sangat menghargai dan tahu cara untuk menghargai sebab kadang-kadang orang ingat kita lupa, tapi kita tidak pernah lupa orang yang membantu MommyHana walaupun sekecil bantuan atau sokongan diberikan,”
Hana Shahadan
Secara keseluruhan, 120 orang menerima anugerah, tidak termasuk 10 penerima Anugerah Khas yang dipilih atas sumbangan mereka dalam membantu MommyHana secara tidak langsung, termasuk artis, pempengaruh, atau pelanggan tetap.
“Kami sangat hargai mereka, malah Anugerah Khas ini juga diberikan kepada tokoh-tokoh yang memberi inspirasi dan bantuan semasa berniaga, contohnya Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah (pakar motivasi) yang memberi sokongan sejak awal penubuhan MommyHana,”
Hana Shahadan
Dua Agen Mommyhana Terima Outlet Mommyhana Bernilai Setuja Ringgit Setiap Satu Sebagai Hadiah!
Majlis ini juga menerima satu kejutan besar apabila dua agen MommyHana diberi hadiah berupa outlet bernilai RM1 juta setiap seorang di AEON Bandaraya Melaka dan KL East Mall.
Norhafizal Kamil dan Siti Aisyah Syukor, dua agen MommyHana tersebut, dianugerahkan hadiah ini atas komitmen mereka dalam mencatatkan jualan tertinggi setiap bulan.
Hana menjelaskan bahawa majlis tersebut juga memberi pengiktirafan kepada individu-individu yang membantu meningkatkan MommyHana melalui pelbagai kategori anugerah.
“Penerima anugerah dipilih berdasarkan jualan dan cara mereka berinteraksi dalam kumpulan. Kami menilai bukan hanya dari segi kewangan tetapi juga bagaimana mereka menyokong pasukan dan membantu lebih ramai orang. Anugerah Khas juga diberikan kepada yang membantu dalam pemasaran dan penjenamaan,” katanya.
Lancar Beg Sekolah Berteknologi Tinggi dan Mesra Kanak-Kanak
Turut diumumkan pelancaran baharu untuk jenama MommyHanna dengan memperkenalkan rekaan terbaru beg kanak-kanak serta produk ‘My First Book’ kolaborasi dengan Upin & Ipin.
“Kami lancarkan 6 rekaan terkini beg MommyHanna dengan penambahbaikan seperti ketebalan span yang lebih ringan, tali tambahan di dada, dan teknologi canggih untuk keselesaan kanak-kanak dalam perjalanan ke sekolah.
Hana Shahadan
“Kami juga memperkenalkan beg beroda yang lebih selamat dengan fitur keselamatan seperti pantulan bagi kegunaan pagi. Produk ini hasil kerjasama dengan edisi terhad dari MommyHana.
“Produk kedua yang dilancarkan, ‘My First Book’ bersama Upin & Ipin, menghadirkan imej baharu yang lebih segar dan mantap dalam kolaborasi serta rekaan,” tambah Hana lagi.
Perlantikan duta MommyHana
Lima duta baharu turut diperkenalkan dalam kalangan pempengaruh media sosial, termasuk Rani Amanda (Si Comel), Umar Al-Amsyar (Si Hensem), Syakila (Si Ibu Cantik), Bang Aji (Si Bam Bam), dan Aqil Zulkiflee (Si Abang Kacak).

“Duta yang kita lantik fokus kepada pempengaruh TikTok. Kebanyakan audiens mengenali TikTokers dengan cepat, jadi kami lakukan kajian untuk mencuba dalam pasaran ini. Alhamdulillah, ia memberi kesan positif kepada jenama dan pemasaran MommyHana. Kita pilih Aqil Zulkiflee dan kanak-kanak yang terkenal di TikTok kerana kesan yang baik kepada audiens kanak-kanak.”
Hana Shahadan
Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana diserikan dengan persembahan Haqiem Rusli serta kehadiran selebriti dan pempengaruh media sosial lain seperti DJ Fuzz, Puspa Gomen, Syarafi Sudarmaji, dan Auntie Purple. Achey dan Fad dari kumpulan Bochey menjadi hos acara.
MommyHana memfokuskan produk dengan nilai Islamik dalam memenuhi keperluan keluarga Muslim moden.
GIPHY App Key not set. Please check settings