TEMU BUAL bersama Puteri Sarah Liyana di sidang media Hijrah Jannah yang berlangsung di Bukit Bintang.
Pertama kali membawakan watak antagonis, Puteri Sarah tidak berfikir lama apabila ditawarkan watak sebagai penyondol di dalam drama Hijrah Jannah.

Watak yang ada kena-mengena dengan kes yang sedang berjalan, Puteri Sarah dilihat sangat profesional dalam melakonkan watak tersebut dan mahu memberikan lebih lagi.

Ditanyakan mengenai perkembangan terkini, ibu kepada dua cahaya mata itu kini sedang sibuk ulang-alik dari Malaysia ke Jakarta kerana sedang menjalani beberapa projek di sana.
Bakal bekerjasama dengan Hanung Bramantyo dan Ade Govinda, Sarah kini lebih fokus dalam kerjayanya dan tidak mahu mengambil pusing lagi tentang isu penceraiannya bersama pengarah terkenal Syamsul Yusof.


GIPHY App Key not set. Please check settings