in ,

“Ya, saya jumpa kebahagiaan saya” – Keith Foo dan Riena Diana Sahkan Hubungan Istimewa.

Riena Diana Keith Foo

Pelakon Riena Diana mengesahkan bahawa dia menjalin hubungan istimewa dengan aktor Keith Foo.

Riena menyatakan bahawa dia telah menemui kebahagiaannya dan memilih untuk fokus kepada hubungan mereka.

Dia meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Dalam temu bual yang sama, Keith Foo menggambarkan Riena sebagai wanita yang memenuhi segala ciri yang diinginkannya.

Keith merasa terkejut kerana boleh jatuh cinta lagi dan menyatakan bahawa hubungan ini adalah proses pembelajaran baginya.

Dia juga berharap orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mereka supaya hubungan mereka akan semakin indah di masa hadapan.

Untuk makluman, Keith Foo pernah berkahwin dengan model Kim Raymond pada tahun 2015 dan bercerai pada tahun 2019.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Skylar Raymond Foo.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Batal Perkahwinan, Datuk Noora & Azri Iskandar Tidak Serasi

Eksklusif di MERCATO: Temui Kualiti Terbaik New Zealand dengan Kempen ‘Dibuat dengan Cermat’