in ,

Batal Perkahwinan, Datuk Noora & Azri Iskandar Tidak Serasi

Pelakon Azri Iskandar tidak berjaya mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Noora Kay selepas hubungan mereka berakhir pada akhir Mei lalu.

Noora, 48, menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai keserasian untuk meneruskan hubungan sebagai suami isteri.

“Kami dah putus sejak akhir Mei lalu. Saya percaya ajal, maut, dan jodoh semuanya ketentuan Allah. Selepas berkawan dengannya, saya rasa tiada keserasian di antara kami.”

Datuk Noora Kay

Noora juga menyatakan bahawa Azri menerima keputusan untuk berpisah dengan hati yang terbuka dan mereka masih mengekalkan hubungan sebagai kawan.

Dia menambahkan, “Abang Azri seorang yang sangat baik. Apabila saya memberitahu yang saya rasakan kami tidak serasi, dia boleh terima dengan terbuka. Walaupun sudah berpisah, kami masih mengekalkan hubungan baik.”

Sebelum ini, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty berkongsi berita gembira bahawa bekas suaminya, Azri, telah menemui kebahagiaan dan bakal menamatkan zaman dudanya.

Untuk makluman, Azri dan Ellie bercerai talak satu pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun berkahwin. Mereka mempunyai dua anak, Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Doh Kyungsoo Akan Mengadakan Konsert Solo Pertama di Malaysia!

Riena Diana Keith Foo

“Ya, saya jumpa kebahagiaan saya” – Keith Foo dan Riena Diana Sahkan Hubungan Istimewa.