in , , ,

Yusry, Daiyan, Hun Hargai Teguran Peminat, Berjanji Akan Lebih Berhati Hati

TEMU BUAL bersama Datuk Yusry Abdul Halim, Daiyan Trisha dan Hun Haqeem di sidang media W Two World Watch Party.

Tular mengenai babak cium berlapik yang dilakonkan oleh Hun dan Daiyan, kedua-dua pelakon serta pengarahnya Yusry memberi kenyataan berkenaan isu tersebut.

• • • • • • • •

Viu Original W: Two Worlds, sebuah karya adaptasi daripada drama bersiri popular Korea dengan tajuk yang sama. Siri romantik, fantasi dan thriller ini mula ditayangkan pada 30 November 2023 menampilkan barisan bintang terkenal seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Tony Eusoff dan Shahkimin dibawah arahan Datuk Yusry Abdul Halim. 

W: Two Worlds mengisahkan tentang Izara, seorang doktor muda dan bapanya Omar, yang merupakan pelukis siri webtoon popular, W. Apabila Omar hilang tanpa jejak, pencarian Izara membawa dirinya ke dunia webtoon, di mana dia menyelamatkan nyawa watak utama webtoon tersebut iaitu Aliff. 

Dengan berbuat demikian, Izara mendapati dirinya ditulis ke dalam cerita, apabila webtoon itu seakan hidup dan mula berfungsi sebagai realiti yang berbeza. Aliff sedang memburu lelaki yang membunuh keluarganya sepuluh tahun lalu. 

Dia sedar bahawa nasib Izara dan dirinya saling berkait, tanpa menyedari bahawa dirinya adalah watak dalam sebuah webtoon. Apabila dua dunia bertembung, pelbagai situasi yang tidak dijangka timbul yang membawa kepada konflik dan kisah percintaan.

Penonton boleh menonton W: Two Worlds di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta di laman web www.viu.com.

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau layari www.viu.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.

Kuala Lumpur • 3 Januari 2024

#yusryabdulhalim #daiyantrisha #hunhaqeem 

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Raikan Peminat Setia Dengan Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal

Angkat Dumbel 150 Kali Rahsia Faizal Hussein Masih Mampu Buat Aksi Lagak Ngeri