in ,

Demi Peminat, Anuar Zain Terpaksa Guna Nebulizer Sepanjang Konsert

Menghadapai kesukaran untuk menyanyi kerana kurang sihat, tidak menghalang Anuar Zain menghiburkan lebih 8,000 peminat di konsert solonya – Anuar Zain 40th Anniversary (AZ40).

Penyanyi lagu Bila Resah itu mengalami demam dan batuk yang teruk seminggu sebelum konsert berlangsung.

Menurut Anuar, dia akui merasa kecewa kerana tidak dapat membuat persembahan seperti yang diinginkannya.

“Sejujurnya saya kecewa apabila hilang suara sekali gus tidak dapat mencapai standard yang saya tetapkan.

“Saya tak cari untuk hilang suara, saya tak cari pun demam, tapi kalau benda nak jadi, ia tetap terjadi juga.

“Saya sangat kecewa, ada beberapa lagu saya tak capai sebaiknya. Saya hilang suara saya sepenuhnya, sesi latihan pun terjejas.

“Semangat saya sangat kuat pada malam ini, apa pun yang jadi ‘the show must go on’. Tetapi sebelum itu saya beritahu diri saya bahawa tidak mengapa,” katanya.

Jelasnya lagi walaupun dia mengalami masalah suara, konsert tersebut perlu diteruskan dengan baik demi peminat tersayang.

“Rasanya tak pernah dibuat penyanyi lain apabila terpaksa sedut nebulizer ketika menyanyi. Walaupun saya hampir kehilangan suara, tapi semangat saya kuat untuk selesaikan konsert ini.

“Apa pun yang terjadi, persembahan tetap perlu diteruskan. Melihat peminat yang datang menguatkan lagi semangat saya untuk meneruskan persembahan,” jelasnya.

Tirai konsert Anuar dibuka dengan dua lagu popularnya iaitu Engkaulah Satunya diikuti dengan lagu Sesucinya Cintamu yang mendapat sambutan dan jeritan yang gamat dari peminat-peminatnya.

Montaj mengenai jatuh bangun insan bernama Anuar Zain turut dipaparkan ketika konsert tersebut menyebabkan emosi penonton menjadi sayu teringatkan memori lama dan mengenang kembali kehebatan penyanyi tersebut.

Konsert AZ40 turut dihadiri oleh Tengku Permaisuri Selangor iaitu Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan mencemar duli selain rakan artis seperti Datuk Sheila Majid, Misha Omar, Rozita Che Wan, Datin Nina Juren, Ernie Zakri, Syamel dan Rahim Sepahtu.

Adik kepada Ziana Zain itu menyampaikan lebih 20 buah lagu termasuk Sedetik Lebih, Bila Resah, Perpisahan, Ketulusan Hati, Keabadian Cinta dan banyak lagi.

Anuar juga meyakinkan peminat bahawaa ini bukanlah konsertnya yang terakhir malah dirinya sudahpun memasang niat untuk mengadakan persembahan istimewa untuk penglibatan dirinya sebagai anak seni yang ke 50 tahun.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Aina Abdul ‘lahirkan’ ‘IMAJI’ Sebagai Album Sulung Digital

Mini Cooper Terbakar Tepi Jalan, Erysha Emyra Syukur Selamat