Dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke-37, penyanyi, Aina Abdul mencipta album sulung digital pertama berjudul ‘IMAJI’ terbitan Aina Abdul Entertainment Sdn Bhd di sebuah Majlis Pra-Dengar dan Sidang Media pada 25 Oktober lalu.
Dalam bidang penulisan puisi, ‘IMAJI’ merupakan susunan kata yang dapat memberi gambaran jelas seolah-olah kesan khayalan sehingga pembaca mampu untuk turut sama merasa, melihat, dan mendengar emosi sebenar yang diungkapkan oleh penulis.
Lebih menarik lagi, album unggul tersebut meliputi 14 buah trek istimiewa hasil nukilan dan ciptaan Aina Abdul sepenuhnya termasuk single ‘Jangan Mati Rasa Itu’ yang telah dilancarkan pads 25 Ogos lalu.
Irama balada sememangnya sinonim dengan penyanyi berusia 30 tahun itu, tetapi wujudnya genre yang lebih rancak seperti pop dan indie mealui album tersebut bagi menampakkan kelainan demi menambat jiwa para peminat.
Aina Abdul atau Nurul Aina Abdul Ghani memanjatkan kesyukuran atas kejayaannya berjaya melancarkan impiannya untuk memiliki sebuah album penuh berpandukan kehidupannya sendiri.
Katanya, di sebalik ‘IMAJI’, semestinya mempunyai ujian suka dan duka semasa proses menyiapkan album itu telah menyuntik semangat yang kuat dalam dirinya.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Aina akhirnya berjaya merealisasikan impian sekian lama terpendam untuk memiliki sebuah album penuh yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup saya sendiri.
Setiap lagu yang dihasilkan adalah intepretasi Aina terhadap emosi diri yang sarat termasuklah rasa marah, sedih, kecewa, diabaikan, dicintai, dihargai dan sebagainya
‘IMAJI’ juga adalah hadiah hari jadi paling bermakna dalam diri saya sebagai penyanyi.
Penerbitan album ini bukan sahaja disifatkan sebagai sebuah kepuasan peribadi yang cukup manis buat Aina, malah ia juga adalah tanda penghargaan dan buah tangan kepada peminat setia yang sudah lama menanti kemunculan album sulung saya.
Proses penghasilan album ini juga bukan mudah. Di sebalik kecemerlangan yang berjaya dilakar, saya banyak berdepan laluan sukar sepanjang 9 tahun perjuangan untuk mengukir nama sebagai ‘Aina Abdul’. Jika disorot kembali, pelbagai ranjau dan duri, kritikan dan pujian yang saya terima.
Aina bersyukur dengan pengalaman tersebut kerana ia bukan sahaja mematangkan, malah turut memberi kekuatan kepada diri saya untuk bekerja keras dan terus berkarya secara jujur bagi meletakkan bakat yang dianugerahkan kepada saya di tempat yang betul,” katanya.
Aina Abdul turut dikenali sebagai seseorang penyanyi yang menjaga kualiti dan teliti dalam karyanya malah berharap agar ‘IMAJI’ disukai ramai orang dan dapat menjadi pengukur untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang.
“Secara peribadi, saya telah meletakkan piawaian yang tinggi untuk album ini kerana ‘Aina Abdul’ merupakan seorang yang amat menitikberatkan soal mutu, kualiti muzik, bunyi dan gubahan dalam setiap karya ciptaan saya. Saya terlibat dalam setiap aspek pembikinan album ini demi memastikan produk akhir betul-betul berkualiti dan kena dengan cita rasa saya.
“Saya berharap agar para peminat akan menyukai ‘IMAJI’ sepertimana saya sendiri menyukainya. Semoga album ini dapat membantu untuk mengukuhkan lagi posisi saya sebagai komposer dan penyanyi dalam industri muzik sekaligus menjadi pencetus kepada lebih banyak karya seni di masa akan datang, Insya-Allah.
“Pihak pengurusan saya sudahpun mengatur pelbagai rangka strategi untuk mempromosikan album ini yang akan dibuat secara berperingkat termasuklah mengeluarkan album ‘IMAJI’ secara fizikal. Pengumuman akan dibuat dari semasa ke semasa,” jelasnya.
Untuk info, 25 Oktober merupakan tarikh keramat bagi Aina Abdul kerana dipilih sebagai tarikh untuk melancarkan album digital ‘IMAJI’ malah merupakan hari jadinya.
Album tersebut boleh dimuat turun menerusi kesemua aplikasi pentsriman atas talian seperti iTunes Stores, Apples Music, Spotify, Joox, Youtube Music, KkBox, Youtube Music dan Deezer.
GIPHY App Key not set. Please check settings